Monday 24 September 2012

Temujanji doktor kali pertama lepas HAART

Hari ini adalah antara hari2 bersejarah dalam hidupku kerana inilah yang akan menentukan samaada ubat2an HAART yang diberikan kepadaku seminggu lepas adalah sesuai dengan fizikalku atau tidak. Aku akan berjumpa doktor pada hari ini untuk mengetahui keadaan fizikalku setelah darahku diambil pada 21 September iaitu hari Jumaat lalu.


cuaca hari ini agak mendung dan hujan. aku perlu berhari2 agar tidak menghadapi tanda2 demam dan selsema. alhamdulillah sepanjang aku berada di kota kinabalu, aku tidak mengalami keadaan seperti di permulaan Haart kuambil walaupun ada sedikit kesan2 itu kurasai namun ia dapat aku gagahi seperti biasa. tak boleh layan sangat juga kena lawan.


menceritakan detik2 pemanduanku pada hari khamis lalu, semenangnya ia adalah saat2 genting kerana semua sedia maklum keadaanku yang masih lagi baru mengambil ubat HAARt. wujud juga kebimbangan dalam diriku mengenai keselesaanku dan keselematankan dalam pemanduan namun aku hanya bertawakkal kepada allah kerana hanya dia tempat aku bergantung harap.

sekadar ilustrasi : kejadian kemalangan jalanraya yang berlaku di sabah melibatkan bas ekspress.


alhmdulillah aku dapat memandu dengan baik walaupun ada beberapa kali aku terpancit kerana terlalu letih dan mengantuk. namun aku hmpir lagi menemui ajal kerana di satu selekoh menaiki bukit di kawasan antara ranau dan kundasang ada sebuah lori treler yang bergerak perlahan. oleh kerana hari dah gelap pukul 9 malam, dan tiada kelihatan samar2 cahaya kereta yang bergerak dari arah bertentangan, aku terus memotong trailer itu. 


namun entah kenapa terlalu pantas masa berlalu tiba2 sebuah kenderaan pacuan empat roda kelihatan bergerak dengan lajunya mengikut arah yang bertentangan. aku menjadi panik. adalam keadaan itu, hanya satu je boleh jadi berlaku iaitu perlanggaran antara aku dengan kenderaan pacuan emat roda itu disebabkan kesilapan aku sendiri yang memotong lori trailer yang sedang bergerak lambat mendaki bukit.

di saat2 genting itu, aku cuba menekan brek namun aku tertekan pedal minyak lalu keretaku tergerak laju sikit.lantas aku terus lepaskan mana2 pedal dan keretaku terhenti. mujur kenderaan pacuan mepat roda itu berhenti dan memberikan isyarat agar aku kembali ikut laluanku yang asal. syukurlah tidak berlaku apa2 perlanggaran dan kemalangan.


 aku sempat tidur dalam kereta tu sebanyak 3 kali. last di kawasan yang sudah beerhampiran dengan tamparuli aku tertidur kerana terlalu letih. kulihat jam pukul 9:30mlm, hmpir2 suda masa utk aku makan ubat HAART. masa perjalanan pula memerlukan dalam lingkungan 40 minit saja lagi. 


aku cuma takut terlajak sampai ke pukul 12 malam dan sudah tentu aku terpaksa makan ubat haart sambil memandu dan keadaan itu terlalu berbahaya. namun, kuasa allah siapa yang tahu. aku sampai di kediamanku di kota kinabalu pukul 10:30 malam dan selepas makan ubat HAART, aku terus tidur merehatkan diri. solat maghrib dan isyak terpaksa kutunaikan pukul 4 pagi selepas aku terjaga dari tidur.

5 comments:

  1. Tu dia bahaya tu...Jalan area kudasang berbelit-belit juga kan dan agak sempit... kena "extra" hati-hati dilain kali.

    Hari ini AA suad berada di Tawau kan... alhamdulillah, macam mana kisah tentang ubatan HAART? Apa khabar cerita dibilik doktor di hospital??? tentu ada yang menarik boleh dishare kan..... kan.... :)

    ReplyDelete
  2. slm, AA.

    Hati2 ya a/b drive. ada masa p tawau=KK, singgah2 la di LD.

    asrina

    ReplyDelete
    Replies
    1. asrina, awk dah tuko nombor ke? gtaulah no terbaru... send kat email saya... sy contack no awk bg tu dah tak dapat2

      Delete
    2. Assalamualaikum. Abg ade watsapp x? Mudah utk bhubung..

      Delete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST