Thursday 8 December 2011

Kehidupanku dalam fasa pra-PLHIV

Hidup sebagai seorang yang bergelar PLHIV  bukanlah mudah. sepanjang aku menjadi plhiv, banyak dugaan yang terpaksa kutempuh. Aku terpaksa berahsia mengenai status diriku  agar tidak diketahui oleh ahli keluarga, rakan sekerja dan org2 kampung. ini bukan bermaksud aku bersikap hipokrit terhadap mereka. ini semua utk kebaikan bersama.

Cabaran yang paling pahit ialah apabila pertama kali mendapat tahu keputusan ujian darah( HIV antibodi reactive).maksudnya aku adalah pembawa hiv positif. Sememangnya virus hiv yg ada dlm tubuhku telah dapat dikesan setelah melalui tempoh window period yang membolehkan sistem imun tubuhkan bertindakbalas dengan mengeluarkan antibodi melawan virus tersebut.

Ini adalah beberapa imbasan peristiwa 2 tahun lalu bila aku disahkan sebagai pembawa hiv+ :
 
25 November 2009

Peristiwa yang amat pahit bermula dalam kehidupanku sebagai seorang insan yang baru bergelar pembawa hiv+. Aku merasakan hari ini adalah hari yang paling mendukacitakan. Tidak tertahan rasanya aku menanggung bebanan yang menimpa diriku sebab selama ini aku hanya mendengar HIV/AIDS adalah penyakit yang tiada ubat dan penghidapnya akan mengalami keadaan yang sangat dahsyat dan mengerikan sehingga mati. Itu sahaja yang aku tahu tentang HIV/AIDS. Bukanlah bermaksud aku menolak apa saja takdir yang Allah telah tentukan namun aku merasakan bahawa diriku terlalu lemah untuk menghadapinya. astaghfirullah.

Pada hari ini seperti biasa aku melangkah ke tempat kerja dengan perasaan yang lapang dan gembira. Tidak berapa lama lagi hari2 cuti akan bermula. Aku mula membuat perancangan untuk mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang bertujuan melepaskan tekanan sambil bersantai2 mencari idea baru. Aku juga perlukan masa rehat yang panjang sebab sudah lama aku berhadapan dengan tugas yang membebankan diriku.

Masih segar diingatan pada hari ini aku dapat panggilan daripada staf klinik tempat aku menjalankan ujian kesihatan. Dengan nada suara seolah2 meluat

Staff  klinik          ;“ encik, encik bila mau ambil laporan ujian kesihatan?

Aku                          ;   erm, maaflah sy sibuk tak dapat dtg klinik ( cuba mewujudkan kemesraan. Moga2 staf ini cool. Mcm marah2 je,tension dgr suara makcik ni).
 
Ketika ini, aku tidak rasa ada apa2 yang tidak baik ttg ujian kesihatan yg kujalani. Aku bercakap semesra mungkin sama seperti percakapanku dengan staf tersebut semasa darahku diambil 2 hari yg lepas.

Staff Klinik           ; Encik, ada masalah la dengan darah encik ni.
Aku                           : ( terkejut, terkedu, tergamam. Hati ini mula dihujani pelbagai tanda tanya dan sedikit kerisauan. Tak kan ada masalah sedangkan aku ni sihat walafiat). Kenapa kak, apa masalahnya?
 
Staff klinik           : Darahmu kotor. Jadi bila KAU mau datang ambil laporan ni?

Aku                          : apa maksudnya tu kak?(tak pernah staf ni panggil aku dgn panggilan KAU , ada motif dengan penggilan itu? aku bertambah risau)

Staff klinik            : entahlah,sy pun tak dapat baca tulisan doktor ni. Senang cerita bgs dtg la ke klinik jumpa Doktor.
 
Aku                         : ok kak, terima kasih. Hari ni saya datang juga.

Fikiranku mula terganggu. Aku tidak tenang dan mula berasa takut. Namun di depan rakan sekerja aku tetap seperti biasa seperti tiada apa2 yang berlaku.aku cuba sembunyikan perasaanku agar mereka tidak perasan hingga menyebabkan mereka la pulak yang akan menyoalsiasat aku nanti.

Selesai saja sesi bertugas,aku terus bergegas ke klinik berkenaan. sepanjang perjalanan bermacam2 perasaan dtg bersilih ganti. namun pada masa yg sama,aku dikejutkan dengan panggilan telefon yg menyatakan berita gembira buatku. alhamdulillah, anugerah allah beri padaku atas segala sumbangan dan pengorbananku selama ini. pd masa yg sama, aku tetap dihujani kerisauan berkenaan keputusan ujian darah yg telah kubuat beberapa hari lepas. allah maha adil. di saat aku menghadapi kerisauan yang teramat sangat aku dihiburkan seketika dengan berita yg menggembirakan itu. tapi itu cuma sekejap sebab masih ada persoalan yang belum terjawab iaitu keputusan ujian darah yang masih lagi menjadi tanda tanya bagiku.

sepanjang perjalanan selama hampir 2 jam, fikiranku menerawang entah ke mana. puas aku berfikir kenapa staf klinik itu hanya memberitahuku bahawa darahku sekarang ini adalah KOTOR. sukar utk aku fahami maksud di sebalik kata2 itu. alhamdulillah aku selamat tiba ke klinik berkenaan walaupun sepanjang pemanduan aku banyak berfikir akan keputusan ujian darah tu. dengan perasaan yang berdebar2 aku melangkah masuk ke dalam. sebelum itu,aku ternampak staf klinik yg mengambil darahku tempoh hari berada di luar klinik. dia juga yg menelefonku tengah hari tadi. 

aku bertanya kepada staf yang sedang menjaga kaunter. ketika itu aku beritahu nama dan no kad pengenalan. dia terus mencari laporan pemeriksaan kesihatanku dan menyuruhku menunggu doktor klinik tersebut yang akan datang pada bila2 masa. aku menunggu dengan penuh debaran. 

tidak lama kemudian, doktor yang dimaksudkan, berumur dalam lingkungan 50-an, berbangsa cina kelihatan masuk ke dalam bilik rawatan. staf klinik tadi memanggilku utk berjumpa doktor tersebut. cepat juga giliranku sebab ketika itu hanya aku dan seorang pesakit wanita saja yang menunggu di luar. bila aku berdepan dengan doktor tersebut, aku rasa agak kekok sebab doktor tersebut agak serius. aku tak berani utk memulakan bicara.

kulihat staf klinik tadi keluar tanpa menutup pintu bilik yang kebetulan bersebelahan dengan kaunter luar tempatnya duduk. pesakit wanita yang berada di luar tadi juga dapat kulihat dengan jelas. namun aku tak peduli sebab aku hanya mahu berbincang dengan doktor berkenaan masalah darahku. aku anggap tiada apa2 yang serius. 

lama juga doktor itu merenungku. seolah2 dia memerhatikan diriku dari hujung rambut ke hujung kaki. aku hanya terdiam. dalam hati allah saja yang tahu betapa rimasnya aku ketika itu. doktor tersebut membuka laporan hasil pemeriksaan kesihatanku. kulihat dia mula utk memberitahuku sesuatu.katanya dengan suara yang agak lantang"kamu sihat tapi darah kamu ada HIV". aku seolah2 tak percaya dengan perkataan HIV ada dalam darahku. terkejut, sedih,kecewa semua becampur jadi satu. aku mula menangis dan masa yang sama aku perasan staf yang ada di meja kaunter sedang mencuri2 dengar dari luar. aku terus berdiri dan menutup pintu yang terbuka, selepas itu aku duduk kembali. doktor itu bertanya lagi, "kamu ada sakit ka" ..."kamu ada main ka"...soalan2 itu semakin membuatkan aku jadi tertekan.

aku hanya mampu menangis dan doktor itu hanya tahu menyoalku bertalu2. aku sedih sgt. last words yang masih aku ingat, "kalau mau kepastian boleh buat ujian seterusnya sebanyak RM200 lebih". lepas tu, dia minta alamat dan no telefonku. katanya dia nak gunakan sebagai rujukan kes hiv/aids. aku mula risau sebab hal ini tak mustahil boleh tersebar kepada org luar. jadi alamat lama dan no hp saja yang aku bagi. 

doktor tu bertanya lagi, "bila mau pi hospital? hari ni kamu mesti pergi sana. petang ni ada masa lagi" dilihatnya aku tak menjawab sepatah pun, dia mengangkat gagang telefon kononnya nak buat panggilan ke hospital dan memaklumkan yang dia ada seorang pembawa hiv+ yang perlu datang ke sana (aku). punyalah psiko doktor ni. aku jwb, "ya doktor saya akan ke hospital." itu saja. aku tak mahu suasana tegang berpanjangan. aku terus mengambil laporan pemeriksaan kesihatanku dan keluar dari klinik tersebut serta merta. 

masih terngiang-ngiang di telingaku suara lantang doktor tu memberitahuku " darah kamu ada hiv" . sepanjang perjalanan pulang aku berasa tak tentu arah. aku seolah2 tak percaya nasib yang sedang aku lalui. aku sempat mengeluarkan sim kad hp dan membuangnya sebab nombor aku dah bagi pd doktor tadi. biar dia tak dapat hubungi aku lagi sampai bila2. aku rasa itulah pertemuan yang pertama dan terakhir. tak sanggup aku berjumpa semula dengan dia. rasa phobia utk jumpa doktor mula datang dalam diriku.








1 comment:

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST