Rakan AzamAli.com.my

Tuesday, 13 December 2011

Cinta pandang pertama dengan blog AHP



            Permulaan tahun 2011, aku terlalu sibuk dengan tugas2 di tempat kerja. Pada tahun ni adalah tahun untuk aku berehat daripada menyertai aktiviti luar. Aku nak tumpu pada kerja2 kat dalam sahaja. Kalau ada juga arahan utk keluar, mungkin paling lama seminggu. Aku tak mahu tinggalkan tempat kerja terlalu kerap mcm tahun2 sebelum ini. Lagipun aku perlu kurangkan aktiviti yang menyebabkan masa rehat aku kurang. Almaklumlah tahap kesihatanku sekarang ni bukan sama mcm dulu. Tahun 2011 adalah tahun utk aku berehat dari aktiviti luar.

Aku mula berasa seronok dengan cara hidup baruku ini tak mcm sebelum ni aku kurang fikir soal penjagaan kesihatan. Sebelum ni aku tak peduli pun kalau ada org bercerita tentang hiv/Aids sebab aku tak pernah terfikir akan terjebak ke dalamnya. Sekali dah terjebak memang tak dapat diundur balik masa. Aku sudah menerima hakikat walaupun sesekali aku dibuai oleh perasaan sedih dan pilu.



Awal tahun ini menyaksikan perpisahanku dengan orang2 yg aku sayangi. Biarlah mereka menjauhkan diri dariku yang penting aku tak pernah membenci mereka malah masih angap sebagai kawan. Aku tak suka bermusuh dengan sesiapapun terutama bagi yang pernah membahagiakan aku dulu.aku doakan moga kehidupan mereka bahagia.


Kehilangan mereka hanya sementara apabila pada tahun ini juga, aku akhirnya bertemu jodoh dengan blog AHP. Aku tak tahu mcm mana aku boleh menemui blog ini. Sebelum itu, aku cuba mencari kenalan2 yg aku tahu PLHIV melalui facebook utk dijadikan tempat berkongsi maklumat ttg penyakit ini. Namun semua kenalan aku dari luar Negara dan agak sukar untuk aku memahami keadaan dan cara rawatan yang mereka ikuti di Negara mereka yg tak sama dengan Malaysia. Aku teruskan pencarianku siang dan malam jika ada masa terluang.


Seingat aku blog ahp ni tiba2 muncul masa aku mencari maklumat di google. Bila aku terbaca profile ahp seorang hiv+ sejak 28 disember 2010 rasa ingin tahu di hati membuak2. Aku mula melihat entry2 yang terpapar di dalam blog. Aku mula membaca satu persatu dengan penuh minat. Jauh di sudut hati aku bersyukur sebab dipertemukan dengan blog ini. Aku berharap sangat agar dapat berjumpa dengan tuan tanah blog suatu hari nanti.


Pelbagai interpretasiku terhadap ahp sebelum aku menemuinya di KL 4hb bebaru ni. Aku Cuma mendengar suaranya dan tak pernah pun berjumpa. Kurasa dia seorang yang telah tua dan berkopiah2 haji. Aku rasa sangat simpati dengan penderitaan yang dialaminya. Aku mula menghantar email menghulur salam perkenalan. Panggilan pertamaku terhadap AHP ialah pakcik hu hu hu..( Hakikatnya AHP kelihatan awet muda dan bukanlah seperti yang aku gambarkan. Kulitnya cerah, fizikal masih nampak cool dan maintain , penampilan smart dan sempoi,raut wajah yang  jernih dan menggambarkan seorang yang berjiwa besar).


Email pertama azam utk AHP pada 4 Oktober 2011 9:45pm,kira masih baru lagi azam ni kenal AHP. Tp dah mcm kenal lama……


assalamualaikum.

apa khabar pakcik?moga allah sentiasa merahmati pakcik sekeluarga.


ptama sekali,sy berterima kasih kpd pakcik kerana dengan adanya blog yg pakcik buat ttg kehidupan pakcik sbg seorang hiv+,menjadikan saya mendapat maklumat ttg hiv yg selama ni sy anggap perkara yg sungguh memalukan dan mengaibkan berdasarkan pengalaman sy yg sangat cetek.sy telah beberapa kali melayari laman blog tersebut dan mendapati ia sangat menarik dan sesuai diwujudkan bagi menjadi tempat pengumpulan maklumat,perkongsian dan sebagainya bagi golongan yg memerlukan perhatian.


utk pengetahuan pakcik,sy juga senasib dgn pakcik cuma jalan cerita kita tak sama.apapun,sy bersyukur kerana dipertemukan dengan blog ini dan berharap sy akan menemui insan2 yg dpat memulihkan semangat agar saya sentiasa berada di landasan yg sepatutnya.



sy sama seperti pakcik,**************************,keresahan kdg2 melanda diri bila memikirkan apakah nasib yg akan menimpa saya, kerjaya dan masa depan lebih2 lg apabila melibatkan soal hutang piutang yg menuntut kewajipan sy utk melunaskannya. sy teringat peristiwa seorang sahabat yg mati syahid ada plak sahabat lain bertanya kpd rasulullah bagaimanakah kedudukan sahabat yg mati syahid itu. rasulullah bertanya, adakah dia mempunyai hutang yg belum dilunaskan?kata rasullullah lg, jika ada maka rohnya akan terawang2 antara langit dan bumi lantaran allah tidak menerima amalannya.


ada bnyk lg perkara yg meresahkan apabila menjadi seorang yg hiv+ ini.insya allah akan dikongsikan.


sy nak tanya,di setiap negeri ada tak doktor spt doktor yg pakcik ceritakan dlm laman blog pakcik? sy berasa sgt teruja. sy berdoa moga sy dipertemukan dengan doktor sebaik dia.setakat ini sy belum lg menjalani rawatan tp mmg ada niat di hati utk ke ospital.cuma sy risau berkenaan bnyk perkara.pakcik pun dah melalui semua ini

 

Ini jawapan dari AHP;


“waalaikumussalam,
t kasih kembali kerana menghubungi
saya tak pasti siapa anda,
ini azam +ve kan?
harap saya tidak tersalah respon

yg penting dptkan rawatan

apapun ikhtiar,
kita perlukan ujian cd4 dan viral load secara berkala untuk pemantauan
ini hanya boleh dilakukan di hospital

tak perlu risau utk dptkan rawatan

mmg sukar mencari doktor sebaik yg merawat saya sekarang
itu pertolongan Allah kpd saya.

setiap negeri dan daerah ada dr pakar perubatan keluarga yg boleh

merawat dengan baik
sejauh mana baiknya terpulang kepada persepsi masing2 lah

apapun cabarannya,

siapapun doktor, apapun karenah di hospital,
kita mesti tempuh.
masing2 dgn ujian dan dugaan masing2
hanya yg kuat semangat sahaja boleh bangkit
macam2 masalah dan rungutan yg rakan2 kita kongsikan di emel.
ada yg positif dan ada yg negatif
anggap sahaja perkara biasa kita insan istimewa
mesti berdikari dan jgn terlalu sensitif.

buat permulaan saya sarankan anda terus baca blog dan kalau boleh

utama kategori "AKU"
kemudian barulah pergi ke entries lain.
anda bersikap positif tetapi sikap positif perlu dibina ke tahap yg
betul2 kukuh.

jika memerlukan kumpulan sokongan di sabah,

sila hubungi:
Kota Kinabalu AIDS Support Services Assocation (Kasih)
no 17 Taman BPL Jalan Budaya Off Jalan Kebajikan
880000 KK Sabah
082 224 600
cuba dapatkan pandangan dan info2 yg perlu daripada mereka
insya-Allah pelan2 anda akan jumpa lebih ramai rakan senasib yg dpt membantu


moga dapat membantu

sabar dan tabah selalu”


Berjela2 juga email kami dua. Azam sangat hargai sikap dan komitmen ahp tanpa mengenal sesiapa. Dari email pertamaku,ahp rasa aku perlukan sokongan mmdgkan aku masih lagi “down” dan hilang pertimbangan. Tidak lama selepas itu, ramai rakan yang jadi pengunjung tetap blog ahp tampil memberikan kata2 semangat kpd azam sehingga azam mula berubah menjadi lebih positif. Terima kasih kepada rakan2 yang tak jemu untuk membantu azam. Hanya allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.

7 comments:

  1. salam zam,
    malu pun ada, nak tergelakpun ada membaca entry azam ni. t kasih atas penghargaan. bagi saya tak ada apa2pun yg saya lakukan kecuali atas pertolongan Allah dan kekuatan dalaman azam sendiri.

    "Cinta pandang pertama dengan blog AHP"
    ingatkan cinta apalah tadi...
    kut2 berjumpa bunga idaman.
    hahaha...

    "Panggilan pertamaku terhadap AHP ialah pakcik huh u hu.." tak kisah je.memang layakpun, hehehe..
    tapi sygnya belum mampu pakai kopiah.
    insyaAllah saya anggap sebagai doa.

    ReplyDelete
  2. wslm AHP,

    ternyata gambaran azam tu tak betul..AHP nampak muda lagi..awet muda katakan. apakah rahsianya? share2 la..

    ReplyDelete
  3. hehehe... peeeewit jatuh chenta ya

    Apapun azam sekrang sangat-sngat positif.. good !

    ReplyDelete
  4. macam saya jugak, ingat nak buka akaun FB cari mereka yang +ve hiv ni tapi menjadi, kita pulak entah macam mana terklik blog AHP ni mula saya ingat blog ni satu kumpulan yang dianggotai ramai orang, tapi rupa-rupanya blog ni datang dari seorang individu saja, dan dapat sokongan dari ramai rakan2. Pertama kali buka baca rasa semua lengkap dah tak payah nak cari blog lain dah... bila start beri komen dan ada respon dr ramai rasa diri ini dekat dengan iaorang semua tu.
    Kalau saya on laptop ni blog AHP yang akan saya buka dulu

    ReplyDelete
  5. mmg...
    x ada lelaki
    setampan AHP...
    ewaaahhh!!!

    ReplyDelete
  6. Naj Mi : azam pun sama la mcm awk.

    Lifejacket : sudah semestinya la akak / abg / makcik / pakcik ( ntah mana satu panggilan yg sesuai to show my respect )

    ReplyDelete