Monday 12 December 2011

Detik2 selepas 25 November 2009 / Tokkek dan Kehilangan sahabat dan insan tercinta ( Part IV )

Tahun 2010 melabuhkan tirainya dan kini bermula tahun baru 2011. Aku masih juga seperti biasa asyik mencari2 maklumat dalam internet mengenai penawar HIV. Tak pernah sikitpun rasa bosan walaupun sampai berjam2 duduk depan PC. 

Tentang beberapa produk yang kononnya adalah penyembuh HIV aku terus mengambilnya sebagai supplement harian atas kepercayaanku bahawa HIV dalam tubuhku akan berkurang dan mati dengan sendiri bila mengambil produk itu. 



Pernah juga ada berita yang mengatakan terdapat sejenis cicak dikenali sebagai Tokkek yang ada di kepulauan borneo dipercayai penawar HIV. Kebetulan cicak tersebut banyak terdapat di kampungku. Malah di kwsn berdekatan  rumah abah dan mak setiap malam ia selalu keluarkan bunyi yang kuat. 

Disebabkan itu kampungku seringkali didatangi orang2 dari jauh untuk mencari haiwan tersebut dan sanggup membayar ribuan ringgit untuk membelinya. Tapi semenjak dua menjak ni berita tentang haiwan tersebut semakin kurang diperkatakan. Mungkin topik tentang itu sudah basi dan orang pun sudah bosan mau bercerita tentangnya. Lagipun tiada bukti saintifik yang memperakui tentang kesahihan maklumatnya.

Berbalik pada topik entry kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman bagaimana sikap org yg kuanggap abg sendiri yang semakin menjauhkan diri dariku. Jika mula2 aku didiagnose dia org pertama menyokongku dan sanggup bersama2 menjaga dan menerimaku jika aku tiada tempat perlindungan. Tetapi semakin lama dia semakin menjauhkan diri. Pernah juga dia berkata padaku apabila aku memberitahu tentang produk2 utk merawat HIV.

“erm, tidak aka nada ubat utk HIV ni sampai bila2. Mustahil. Itu balasan tuhan pada orang yang buat dosa. Org2 HIV ni tinggal tunggu mati jak”

sangat2 kecewa bila dia ckp mcm tu. 
Tiap kali aku “excited” bercerita ttg penawar hiv responnya seolah2 menyangkal. Aku jadi tawar hati untuk bercerita dengannya. Baru2 ini aku dapat tahu bahawa keluarganya suda tahu statusku sebagai PLHIV. Aku sangat terkejut sebab dia pernah berjanji untuk merahsiakan perkara ini daripada sesiapapun. Kepercayaanku kpdnya semakin kurang. Aku rasa segan untuk datang ke rumahnya mcm dulu. Mujurlah aku dah ada rumah sendiri jadi tak perlu lagi aku menumpang di rumahnya. Aku benar2 kecewa. Tapi aku tetap tabah kerana semua perkara ada hikmahnya. Bukan dia seorang saja yang boleh dijadikan tempat berkongsi. 

Pada masa yang sama hubunganku dengan teman wanita juga semakin dingin. Mungkin dia suda bosan dengan sikapku yang seolah2 tidak memberi kata putus dalam soal perhubungan. Dia ingin kahwin cepat. Kalau bukan aku ada HIV+,sekarang pun boleh tapi….

Bukan niatku untuk memungkiri janji tetapi ada perkara yang sangat berat untuk kukongsi bersama. Lantas aku mengambil jalan penyelesaian untuk “break” dengan dia. Memang agak sukar untuk menerima kenyataan. Aku yakin dia pasti temui pengganti yang lebih baik. Tak maca aku ni ada HIV. Bagi aku adalah tidak adil jika dia hidup denganku. Dia berhak untuk menikmati kebahagiaan mutlak dari seorang lelaki yang bebas dari HIV.

Suatu hari nanti dia pula dapat malu bila keadaanku diketahui ramai. Buat masa ini aku perlu memastikan keadaan diriku sihat barulah aku memikirkan kembali hasrat utk berumahtangga. Tapi tidak semudah itu sebab aku kan dah ada HIV, tak semua orang boleh terima. Jadi aku perlu berhati2 agar aku tidak tersilap langkah yang akan menyebabkan rahsia dan aib aku menjadi bualan orang di sana sini. Bagi aku, ada jodoh syukur alhamdulillah takde jodoh aku redha. Sekurang2nya aku masih ada keluarga dan rakan2 tempat aku bergantung harapan.

5 comments:

  1. Insyallah doa doa doa :) hidup dalam sifat tawakal sambil pebuh pengharapan ke pada rahmat Allah dan jangan sesekali berputus asa ..

    ReplyDelete
  2. Tulah Azam,
    Bila kita berharap kat Allah je kita takkan kecewa.

    Doa dan terus doa. Gambatte!

    ReplyDelete
  3. "erm, tidak aka nada ubat utk HIV ni sampai bila2. Mustahil. Itu balasan tuhan pada orang yang buat dosa. Org2 HIV ni tinggal tunggu mati jak”

    sangat2 kecewa bila dia ckp mcm tu.
    Tiap kali aku “excited” bercerita ttg penawar hiv responnya seolah2 menyangkal. Aku jadi tawar hati untuk bercerita dengannya. Baru2 ini aku dapat tahu bahawa keluarganya suda tahu statusku sebagai PLHIV. Aku sangat terkejut sebab dia pernah berjanji untuk merahsiakan perkara ini daripada sesiapapun."

    kalau terkena, bisa nya hingga 'menjilat jari.' huhu...

    ReplyDelete
  4. kata2 lebih tajam dari pedang..tu pepatah Inggeris. dah terbukti ia benar.

    ReplyDelete
  5. insya allah, diri sentiasa berharap pada rahmat yang maha esa. moga2 ujian ini mendatangkan kebaikan buat diri.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST