Thursday 8 December 2011

Langkah pertama buat rujukan ke hospital

Hospital... nama yang terlalu menakutkan bagi aku. Perkara yang terbayang adalah darah, jarum, jururawat berpakaian putih yang cepat marah2, tempat orang2 sakit dan tempat simpan mayat. Itulah antara persepsiku mengenai tempat ini. 

Seingatku sepanjang meniti usia awal 30-an,hanya beberapa kali sahaja aku datang ke hospital itupun sebab aku ada masalah kesihatan yang biasa-biasa saja. Cuma pada kali ini, aku perlu terima hakikat bahawa hospital adalah rumah keduaku. Rela hati bahawa tempat ini yang bantu aku agar kesihatanku lebih terjamin.

23 November 2011; Pada hari ini aku menguatkan semangat utk menjalani pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital yang terkemuka di negeri ini. walaupun jauh dari daerah kelahiran dan tempatku bertugas, aku sanggup datang ke sini dibandingkan dengan hospital terdekat. 

Antara sebabnya, ramai staff hospital di daerah kelahiranku yg mengenaliku. Ada di antara mereka adalah ahli keluargaku. Keadaan ini sudah tentu tidak menjamin aspek kerahsiaan kerana maklum saja mulut manusia kita tidak tahu ditambah lagi dengan zaman media sosial yang sering menghidangkan isu viral tak bertempat.


Aku menghubungi salah seorang "peer support group" yang akan menemaniku. Almaklum aku pertama kali datang ke sana. Dengan bangunan yang serba luas dan banyak jabatan serta klinik menempati aku pasti akan sesat dan gagal menemui tempat yang dituju.

Syukur alhamdulillah orang yang diharapkan itu ada masa terluang dan sudi meluangkan masa utk membawaku berjumpa dengan kaunselor hospital. Cuma aku belum pernah menemuinya dan ini kali pertama aku akan berhadapan dengannya face to face. 

Entah mcm manalah orangnya christoper ni, adakah dia tu sebaya aku atau lebih berumur. Adakah dia ni dah kahwin. Garang ka dia.. namun lepas berjabat tangan,aku dapat rasa bahawa aku selesa berkawan dengan dia. Sepanjang perjalanan kami ke klinik ID, kami hanya bersembang biasa seolah2 kami dah lama kenal. Sambil itu banyak yang aku tanya tentang maklumat rawatan utk HIV.

Menurutnya, kaunselor yang akan kujumpa berpengalaman dalam menangani hal ehwal pesakit HIV/AIDS. Aku berasa lega kerana mindaku sudah set sesuatu yang bakal merubah diriku 360 darjah dari seorang yang tidak tahu kepada lebih tahu tentang isu-isu berkaitan rawatan HIV/AIDS.

Aku juga bertanya tentang staf yang bertugas di ID klinik,adakah dari kalangan yg terlatih dalam isu HIV/AIDS atau hanya staf dari unit lain yang ditempatkan secara paksa rela. Maklumlah, aku sudah pernah berdepan dengan golongan profesional dalam bidang perubatan yang mudah melemparkan kata2 kesat terhadap golongan PLHIV atas dasar stigma dan prejudis yang masih menebal dalam diri mereka. 

Dibandingkan dengan staf yang ada kepakaran dan pengalaman dalam HIV/AIDS, mereka lebih memahami dan peka tentang isu-isu berkaitan. Aku rasa senang hati dengan penjelasan Christoper kawan baruku. Katanya tak perlu takut mau jumpa dorang semua sebab dorang dah biasa kendalikan isu-isu PLHIV.

Yepat pukul 9:20 pagi,kami berdua sampai di unit ID yang terletak berasingan dari bangunan induk hospital dan lokasinya yang berada di atas bukit. Kami berdua hanya berjalan kaki dari bawah. Sampai saja di unit tersebut aku terus di bawa ke bilik Encik Joseph, kaunselor terlatih yang ditempatkan di situ. Dia terlebih dahulu memberikan aku sedikit info berkaitan dengan HIV/AIDS. Dia juga menguji sejauh mana pengetahuanku ttg HIV/AIDS.

Perbualan kami hampir 30 minit. Aku tahu tujuannya ialah nak pastikan adakah aku betul2 faham tentang HIV/AIDS. Beliau juga bertanya,adakah aku benar2 bersedia utk menjalani "rapid test" utk HIV.  Aku memang sudah lama menanti saat2 ini. Kali ini aku tampak lebih semangat tanpa rasa diri disisihkan kerana aku tidak salah pilih tempat dan tidak salah pilih orang yang sepatutnya dirujuk. Teringat pengalaman pahit 2 tahun yang lalu  semasa aku menjalani peperiksaan kesihatan di sebuah klinik swasta ( kalau diingat balik memang timbul rasa paranoid dalam diri, cukuplah pengalaman mengaajar aku erti kedewasaan).

Hasil keputusan "rapid test", nyata aku masih lagi hiv+. darahku terus diambil. Sebanyak 4 botol kecil diisi dengan darah yang diambil dari urat lenganku untuk meneruskan "confirmation test". Keputusan yang lebih detail akan keluar dalam masa 2 minggu. 

6hb disember 2011 aku disuruh datang utk ambil keputusan. Aku berasa sangat selesa dgn keadaan persekitaran klinik tersebut. Mujurlah pengalaman pertama dapat keputusan HIV+ daripada seorang doktor yang bertugas di klinik swasta berusia 50-an tidak berulang.

Encik joseph telah mengambil butiran diriku dan mula buka fail utk aku sebagai pesakit baru yang akan terus mendapatkan rawatan di situ. Bermulalah episod baru dalam hidupku iaitu menjadi pengunjung tetap QEH. Tiba-tiba aku rasa sebak melihat nama ayahku yg tercatat pd kad pengenalan ditulis sekali dengan namaku dimasukkan dalam butiran fail temujanji hospital lebih-lebih lagi akan hadir kekecewaan mereka. Ya ayah & ibuku. Andai tahu aku dah jadi pembawa hiv+. Sejak kecil aku dijaga dengan baik. tetapi kini  aku adalah seorang pembawa hiv+.

Antara soalan yang ditanya, kenapa refer ke hospital ni sedangkan hospital terdekat dgn daerahku ada. adakah aku betul2 mau dapatkan rawatan di sini. aku kemukakan alasan tersendiri,ingin menjaga kerahsiaan dan mendapatkan rawatan daripada doktor pakar dalam penyakit ini.

Encik joseph menerima alasan itu dengan hati terbuka. Setelah butir2 diriku diambil dan selesai sesi perjumpaan, aku terus menemui christoper. kedua-dua mereka (joseph&christoper) mengambil berat ttg diriku. antara pesanan mereka yang terus melekat dalam hatiku ialah " jangan bunuh diri" 

huhuhu dlm hati aku berkata, org mcm aku ni ada potensi ke nak bunuh diri. mungkin sebelum ni pernah ada kes yang hampir sama yang berakhir dengan tragedi. Walau apa jua ujian,aku tak lagi terfikir utk memilih jalan yang sesat sebagai penyelesaian terakhir.





No comments:

Post a Comment

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST