Rakan AzamAli.com.my

Friday, 9 December 2011

Detik-detik selepas 25 November 2009 ( Part 1 )

Kali ini aku ingin berkongsi dengan rakan2 tentang pengalamanku setelah aku didiagnose sebagai pembawa HIV+ selepas 25November 2009. Pada malam hari tersebut, aku langsung tidak dapat tidur kerana fikiranku sangat terganggu. Kebiasaannya aku tidur awal sebab keesokan harinya awal pagi aku akan menuju ke tempat kerja. Namun pada malam pertama aku mengetahui keadaanku HIV+,aku menjadi tak keruan.Sambil aku berbaring di atas katil air mataku asyik mengalir tak henti2. Aku rasa tak percaya dengan kenyataan yang sedang aku hadapi.

Aku memaksa diri untuk melupakan perkara itu dan melelapkan mata tapi aku tak berjaya. Sekejap aku duduk, berdiri, berjalan mundar mandir dan macam2 lagi. Aku sangat risau dengan keadaan diriku pada masa akan datang. Tahap lesihatanku mcm mana, kerjayaku, masa depanku..Yang pasti masa tu aku fikir aku tak akan dapat kawin mcm kawan2 yang lain. Masa tua nanti aku akan sebatang kara tanpa dipedulikan oleh sesiapapun. Silap2 aku mati orang lain tak akan tahu. Mereka hanya akan menyedari kematianku bila mayatku sudah busuk dan berulat dalam rumah.

Tanganku masih memegang laporan pemeriksaan kesihatan. Berulang kali aku membacanya sampai hampir renyuk kertas2 laporan tu. Kenapalah aku yang jadi mangsa. Kenapa bukan orang lain. Aku tidak kuat untuk menerima dugaan ini. Macam2 yang aku fikirkan. Fikiranku semakin kusut. Aku menangis teresak2 sendirian memikirkan nasibku sepanjang malam.

Aku terus menelefon abang angkatku dan menceritakan apa yang telah terjadi. Syukurlah sebab dia sudi mendengar luahan dan menerima aku seadanya walaupun aku sudah dicemari oleh HIV. Aku menangis semahu2nya di dalam telefon. Malam tu mahu jak aku datang ke tempatnya dan memeluknya sambil meluahkan nasib yang menimpa aku. Dengan kata2 semangat dari dia, aku dapat mengurangkan sedikit tekanan yang aku alami malam itu. Namun aku masih juga tak dapat tidur sampai ke pagi.

Keesokan harinya seperti biasa aku melakukan rutin harianku. Mandi, solat, bersiap2 utk p kerja dan sarapan. Masa aku di dalam bilik mandi, aku melihat wajah dan seluruh tubuhku di cermin. Sekali lagi aku menangis teresak2. Paip air kubuka sekuat2nya supaya abah, mak dan adik2 tak dapat mendengar tangisanku. kebetulan makcik dan pakcik pun ada di rumah melawat kami. Hari itu aku lalui dengan penuh suram. Tiada lagi gelak tawaku bersama dengan rakan2 sekerja dan anak2 didikku. Aku jadi murung dan asyik mengelamun.

Aku jadi semakin tertekan. Aku tak tahu pada siapa untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku. Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak datang kerja selama seminggu.Aku ingin tenangkan fikiranku yang agak berserabut. Aku mahu berjumpa dengan abang angkatku sebab hanya dia saja yang tahu keadaan diriku.

Petang itu, aku terus membeli tiket bas ke kota kinabalu. Mujurlah masih ada kosong walaupun aku terpaksa duduk di belakang. Yang penting aku sampai di sana esok. 

Bas selamat tiba di stesen bas Inanam Kota Kinabalu pukul 4:30 pagi. Abang angkatku menungguku di sana. Bila saja aku masuk ke dalam keretanya, aku terus menangis. Dia membawaku pulang ke rumah. Selepas aku mandi dan solat, dia menyuruhku berehat saja di rumah. Sempat juga dia memelukku sambil aku menangis. Entah berapa kali suda air mataku membanjiri pipi.

Sepanjang aku di KK, abg angkatku membawaku jalan2 sambil dia cuba menenangkan hatiku. Aku cuba melupakan tekanan yang aku alami. Syukur aku berjaya dan aku mula tertawa ceria mcm sebelum ini. Namun jauh di sudut hati aku masih lagi dilanda kerisauan sebab keadaanku kini hanya menunggu masa untuk mendapat penyakit yang berbahaya. Kata2 semangat dari dia aku jadikan sebagai bekalan untuk meneruskan sisa2 hidup. Aku tak mahu perkara ini diketahui oleh abah dan mak. 



Sepanjang seminggu aku d kk,perasaan rindu kepada dorang menggamit hati. Sempat juga aku hubungi dan bertanya apa nak dibelikan utk mereka. 
Sepanjang aku di KK, aku hanya habiskan masaku di CP dan kawasan2 berdekatan. Aku juga masuk ke cybercafe untuk mencari maklumat tentang HIV. Antara info yang aku mahu tahu ialah rumah perlindungan untuk orang2 yang ada HIV. Aku nekad untuk mohon pindah ke tempat yang berdekatan dengan pusat perlindungan supaya jika aku sakit nanti, tak perlulah abah dan mak susah payah menguruskan aku. Lagipun mesti dorang dapat malu sebab anak dorang dapat HIV.

Tiba waktu solat, aku ke masjid sebelah pasar pilipin diikuti dengan i'tikaf dan baca quran di sana. Mungkin peluang utk aku hidup tidak lama jadi aku habiskan banyak masa di masjid itu.Pukul 7 malam barulah abg angkatku datang mengambilku. Kami makan malam sebelum pulang ke rumahnya. Itulah rutin harianku.

Aku masih lagi tidak percaya dengan keputusan ujian darahku. Lantas abang angkatku  mencadangkan supaya aku buat pemeriksaan semula dia Klinik Kesihatan Luyang. Dia sudi menemankan aku ke sana. Aku yang masih lagi berasa phobia dengan layanan doktor Cina masa ambil keputusan baru2 ni, akur dengan cadanganya. Mungkin keputusan kali ni tak sama. Sepanjang aku di KK Luyang, aku memakai topeng mulut. Kebetulan masa tu virus H1n1 menjadi berita hangat jadi aku ambil kesempatan untuk memakai topeng mulut. Tujuannya supaya tiada sorang pun yang mengenaliku. Tentulah aku rasa sangat takut kalau status aku diketahui kawan2. 

Kebetulan masa itu hari Sabtu. Rupanya pemeriksaan darah tidak dibuat pada hari itu. Aku terpaksa pulang dengan hampa. Aku difahamkan pemeriksaan hanya dibuat pada waktu2 pejabat shj.

Isnin berikutnya aku datang lagi ke KK Luyang. Aku sebenarnya tak tahu bagaimana prosedur dan siapa yang perlu kujumpa untuk menjalani ujian HIV tanpa nama. Seperti biasa aku mendaftar di kaunter pesakit luar dan menunggu giliran seperti biasa mcm pesakit2 lain. Bila sampai giliranku, aku diperiksa oleh seorang doktor wanita berbangsa India. Aku memberitahunya bhw aku mahu menjalani ujian HIV. Lantas dia menghubungi salah seorang staf di unit lain yang kebetulan mengendalikan ujian2 HIV utk pasangan2 yang berkahwin atau individu2 yang ingin menjalankan ujian HIV tanpa nama. Berbekalkan sedikit panduan aku terus mencari nombor bilik yang dibgtau oleh doktor tadi. 

Aku terpaksa menunggu giliran sebab ada sepasang bakal pengantin yang sedang menjalani ujian HIV di bilik Encik J. Selepas itu, tanpa berlengah lagi aku terus masuk ke bilik yang dimaksudkan. Pegawai yang bertugas ketikan itu umurnya dalam lingkungan 40-an. Seorang yang berpewatakan sopan.
Aku sangat selesa bila berdepan dengan pegawai itu. Namun topeng mulut masih kupakai dan tak akan aku buka sepanjang aku berada di KK ini.

Selepas memberi sedikit penerangan ringkas ttg ujian Rapid Test, dia mengambil kit HIV rapid test. hujung jariku dicucuk dengan jarum khas kemudia darahku diambil dan diletakkan di atas kit tersebut. Selepas beberapa minit kelihatan ada 2 bar terbentuk. Lalu pegawai tersebut memberitahuku bahawa aku adalah HIV+. 


 



Dia membuat catatan dan memberikan kepadaku nama pegawai yang boleh aku jumpa untuk tindakan yang seterusnya. Aku berterima kasih dan terus meninggalkan pegawai tersebut. 

Ujian Rapid test menunjukkan aku hiv+. Aku berasa tertekan lagi. Namun apakan daya itulah nasibku.











7 comments:

  1. detik2 yang sangat difahami.
    apa2pun syukurlah kita selected one.
    teruskan berkongsi.
    azam sekarang sgt2 bagus.

    ReplyDelete
  2. Bila Azam baca balik, Azam menangis lagi..sedih sbb ia melibatkan abah dan mak yang tak tahu apa2.

    ReplyDelete
  3. wah, makin cantik blog ni. tahniah! :)

    ReplyDelete
  4. HEEEEEEEEEEEEEEEE.......Kwn2 yg tolong jgk.Azam tak leh buat sendiri.

    yang penting mesej sampai kpd pembaca. moga dorang faham keadaan PLHIV dan merubah persepsi mereka.

    ReplyDelete
  5. Antara info yang aku mahu tahu ialah rumah perlindungan untuk orang2 yang ada HIV

    ha ha aku pun dulu cam awak jugak...

    ReplyDelete
  6. ia la Huei, sebabnya aku tak mau menyusahkan fmly. jd apa ja yg berlaku aku yang tanggung sendiri. kesiankan kita ni. hu hu hu

    ReplyDelete
  7. sbrlh menempuhi ujian Allah AA

    secebisharapan

    ReplyDelete