Sunday 11 December 2011

Detik2 selepas 25 November 2009/kahwin, penawar HIV, jodoh, rumah, hutang ( part III)

Hari demi hari berlalu dengan kehendak dan ketentuan yang maha esa. Seperti orang lain aku tetap meneruskan kehidupanku seperti biasa walaupun kenyataannya aku sedang menghadapi masalah yang sangat berat. Aku cuba membayangkan keadaan tubuhku yang semakin hari semakin dipenuhi oleh virus2 HIV yang begitu aktif bermutasi di dalam tubuhku. Jika sebelum ini aku suci tetapi sekarang aku sudah kotor.

Justeru aku perlu berhati2 di dalam rumah semasa bersama2 dengan abah, mak dan adik2 jangan sampai darahku tertumpah sewenang2nya akibat terluka. Kemungkinan besar mereka boleh dijangkiti. Aku membeli peti pertolongan cemas dan meletakkanya di dalam bilikku. Aku sudah menjadi doktor dalam rumah bila adik2ku terluka. Akulah yang akan mencuci dan membalut menggunakan peralatan dalam peti kecemasan.


Di hujung2 tahun begini ramai kalangan saudara2 ku berkahwin. Sepupu2ku yang memanggilku abang tidak ketinggalan menjadi raja sehari. Aku hanya mampu melihat mereka tersenyum dalam keadaan berpakaian yang indah dan duduk di atas pelamin yang bergemerlapan. Dalam hati aku berasa sayu. Keluarga2 dekat dan jauh ramai juga yang datang menyerikan majlis resepsi dan akad nikah. Tidak kurang juga yang bertanyakan aku mengenai jodoh.

“Hai bila lagi kami dapat merasa nasi minyakmu ni”

“kau ni bila lagi, siapa juga bakal calon pilihanmu ni? Lama suda kami tunggu2 tapi tak juga nampak2”

Sampai satu tahap makcikku memanggil dan mengajakku berbual2 secara santai mengenai jodoh. Baru aku perasan seluruh ahli keluarga mengambil berat akan diriku dalam soal jodoh. Mereka mahu memastikan jodoh pilihanku serasi dengan keluarga. Makcikku bertanya siapa bakal pilihan hatiku. Cepat2 la uruskan. Kesian mak dan abah suda tua. Dorang pun mau tengok putera kesayangan mereka naik pelamin. Aku hanya terdiam seribu bahasa dan sesekali member respon. Dalam hati aku berkata, “senang jak kalau mau tengok aku naik pelamin, time kawin sapa2 aku steady jak duduk atas pelamin bergambar. Lepas itu gambar itu lekat simpan dalam frame jadi semua org boleh tengok aku naik pelamin” hu hu hu ( di sebalik kemeriahan majlis aku hanya mendiamkan diri)
 
Begitulah adatnya kalau berada di kampung bersama dengan sanak saudara. Meriah sekali persiapan perkahwinan hingga sambutan dibuat selama seminggu iaitu hari pertama hingga keenam adalah hari untuk adat beramai2 memeriahkan malam2 di rumah pengantin lelaki dan perempuan. Upacara bertitik dibuat sehingga larut malam menggunakan alat2 muzik tradisional beserta tarian suku kaum kami. Karaoke juga dibuat bagi membuka peluang kepada yang muda2 untuk tunjukkan bakat.

Aku tetap meraikan majlis2 tersebut walaupun jauh di sudut hati aku berasa sangat sedih. Hanya allah saja yang tahu. Meraung pun tak ada gunanya.

Imbasan cerita mengenai jodoh…..
Pernah juga abah bertanya padaku tentang calon yang aku ingin jadikan isteri. Dengan hati yang kecewa aku memberitahunya bahawa aku tak mahu kahwin. Abah kehairanan. Aku ingatkan ia hanya sampai di situ saja rupanya2 pakcik yang rapat dengan abah dan mak bertanyakan aku hal yang sama. Mungkin abah dan mak segan jadi mereka suruhla pakcik tu jadi orang tengah bagi pihak mereka. Mungkin sebab tidak puas hati dengan responku, akhirnya abah dan mak sendiri yang bertanya padaku secara berdepan. Mungkin aku sudah tidak tahan dengan pertanyaan2 yang aku tak pasti jawapan yang terbaik bagi melegakan hati mereka maka aku mula bertegas. Aku terpaksa. Tiada niat untuk melukakan hati mereka berdua walaupun aku tahu mereka berasa amat kecewa. Aku katakan bahawa aku tidak akan berkahwin sebab nak tanggung adik2 dan keluarga. Lagipun aku tak berminat lagi buat masa ini. Aku juga kaitkan dengan situasi adikku yang baru beberapa bulan dapat gaji terus saja kahwin tanpa berkorban sedikit untuk membantu keluarga buat rumah. Semua aku yang tanggung. Pinjaman aku sendiri yang buat tanpa bantuan darinya. Sedangkan dia lepas dapat gaji tahun pertama terus kahwin. Masa aku belajar dulu, aku ada calon pilihan sendiri dan aku cuba kenalkan dengan mereka. Namun apa kata mereka, “kita orang susah, bantu duu keluarga. Baiki taraf hidup dan kedudukan”… perkara yang aku tak sangka2 ialah rupanya2 aku ingin dijodohkan degan sepupuku sendiri yang sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah university di ibukota. Pada masa itu aku tak mehu lagi mengeruhkan keadaan. Aku cuba buat apa yang lebih utama dahulu iaitu untuk membantu fmly.Alhamdulillah akudapat juga memenuhi hasrat mereka dan apa yang Nampak sekarang adalah bukti aku terlalu sayangkan mereka walaupun aku terpaksa mengorbankan perasaan cinta terhadap orang yang aku minati.

Sambung balik cerita tentang kehidupanku sebagai PLHIV. Ketika ini aku sentiasa berasa bimbang dengan tahap kesihatanku.  Aku ingin juga berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan seperti yang dikatakan oleh doktor cina yang garang mcm singa berusia 50-an tu. Namun aku tetap berkeras. Biarlah aku tanggung apa jua yang terjadi. 

Pada masa inilah aku mula mencari maklumat diinternet tentang HIV/AIDS, rawatan2 dan penyembuhan2nya. Setiap hari aku mencari maklumat tanpa rasa jemu. Keadaan itu berterusan hingga sampai ke hujung tahun 2009. Aku tidak menemui apa2 maklumat yang menggembirakan.

Tahun 2010 mula membuka tirai, aku berazam untuk lebih rajin lagi mencari maklumat ttg virus yang sedang berkembang biak di dalam tubuhku. Seawal bulan Februari, aku diarahkan untuk menjalani kursus selama beberapa minggu di salah sebuah negeri di pantai timur. Bermakna pada tempoh itu aku tidak akan berada di negeri sabah. Aku juga sering berdoa moga2 aku akan dipertemukan dengan ubat dan penawar penyakit ini. Aku masih terus berharap.


Sepanjang aku berada di negeri cik siti wan kembang, aku menghabiskan rutin harianku sepertimana yang diarahkan. Aku tidak lupa mencari maklumat2 yang kuinginkan. Tiba2 pada suatu malam, aku singgah di sebuah masjid dalam daerah Kota Bharu dan di sana aku menemui risalah produk yang dipercayai boleh menyembuhkan HIV/AIDS. Hatiku melonjak keriangan. Aura positif semakin Nampak di wajahku. Aku semakin bersemangat dan program2 di sini aku jayakan dengan penuh cemerlang.


Sekembalinya aku ke Sabah, aku mula mencari cawangan yang menjual produk tersebut. Puas aku mencari di daerah kelahiranku namun tidak Berjaya menemuinya. Cawangan produk tersebut hanya ada dijual di KK. Harganya pula mencecah sehingga RM200. Aku sempat membeli sekotak. Selain itu aku juga berbelanja membeli sejenis produk dari US yang dipercayai bleh menyembuhkan HIV/AIDS. Hamper RM7000 lebih aku belanjakan semata2 membeli produk ini. Harga memang mahal gilerrrr.. tapi aku sanggup yang penting aku sembuh. Itulah pendirianku yang begitu mengikut kata diri sendiri sedangkan itu semua tidak akan membantu langsung untuk sembuh 100% seperti yang didakwa dalam testimoni2 produk itu. 

Setiap malam aku mula merasai perubahan fizikal. Aku cepat berpeluh. Kalau aku demam agak lama untuk aku sembuh. Aku semakin resah gelisah dengan keadaan yang aku alami. Adakah ini tandanya tubuhku semakin lemah dan aku semakin hari semakin mendekati detik dan saat menjadi pesakit AIDS?
Aku menjadi semakin pesimis dan mula memencilkan diri. Aku risau mendapat demam , batuk dan selsema. Aku lebih banyak berperap dalam bilik kecuali waktu mandi, makan, buang air atau ke tempat kerja. 

Pada awal April 2010, aku menerima sepucuk surat daripada pihak Kementerian perumahan yang menyatakan permohonanku diluluskan. Aku berasa gembira. Dalam tempoh itu aku menerima beberapa pucuk surat yang sama iaitu proses2 yang telah dibuat bagi urusan permohonan pinjaman perumahanku. 

Tidak berapa lama kemudian, surat daripada pihak insuran aku terima. Aku membuka dan membaca isi kandungan surat tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila sampai pd tuntutan2 yang dikecualikan daripada pampasan salah satunya ialah mati disebabkan oleh HIV/AIDS. Aku tergamam seketika. Rasa takut, menyesal, sedih, kecewa bercampur baur. Aku mula dihantui kebimbangan yang melampau2 sebab aku adalah HIV+. Bagaimana kalau aku mati, siapa yang nak bayar ansuran rumah melebihi RM1000 sebulan kalau pihak insuran dah menolak tuntutan pampasan. Aku tak sanggup mati dalam keadaan berhutang. Sudahlah masa hayatku aku begitu perit menghadapi dugaan sebagai PLHIV, selepas mati pun rohku akan terawang2 antara langit dan bumi selagi hutangku belum habis dilangsaikan. Siang malam pagi petang aku diburu kerisauan. Masa itu, tempat aku meluah ialah abg angkat dan teman wanitaku ( dia tak tahu aku HIV+, Cuma dia hairan kenapa aku nak jual semula rumah yang baru kubeli – tau la kan perempuan ni ada jak soalan yang bukan2, naik pening kepalaku nak jawab. Abg angkatku ok saja malah dia bg idea mcm mana nak handle, kuranglah skit serabut dalam otakku).

Sepanjang cuti pertengahan tahun aku berada di KK. Rumah baru saja dapat kunci. Aku menguruskan apa yang patut. Pada masa itu juga aku mula ada krisis dengan teman wanitaku. Dia asyik bertanya sebab musabab aku asyik berada di kk dan alasan aku menjual rumah yang baru kubeli. Aku tak tahu bagaimana nak bagi jawapan yang boleh memuaskan hatinya. Masa yang sama dia juga membeli rumah dan kami merancang utk jadikan ia sebagai rumah keluarga apabila sedah berkahwin. Rumah di kk adalah tempat transit atau untuk disewakan bila sudah sampai masa yang sesuai. 

Fikiranku semakin kusut sebab dia menganggap aku seolah2 menyembunyikan sesuatu dan yang paling mencabar kesabaranku dia menuduhku ada perempuan lain hu hu hu.ke mana saja aku pergi dia nak tahu. Dengan siapa, buat apapun semua dia nak korek rahsia. Sampai masanya aku akan cuba berterus terang tentang hal yang sebenar. Kalau boleh buat masa ini aku tak mahu babitkan dia sebab hal ini berkaitan dengan status diriku. HIV+ banyak merubah diriku. Aku tak mahu dia terganggu tambahan pula dia sedang mengikuti pengajian di salah sebuah universiti secara sepenuh masa.

Tahun 2010 aku lalui dengan penuh duka. Mujurlah ketika itu satu2nya orang yang memberi semangat iaitu abg angkatku sentiasa bersama2ku susah dan senang. Bagi aku dia ibarat abah dan mak. Aku tak akan beritahu status diriku pada abah dan mak tambahan pula dorang berdua ada masalah kesihatan darah tinggi dan kadar kolesterol tinggi dalam badan. Aku akan simpan rahsia ini sampai ke mati. Namun aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Aku berdoa moga allah memberikan aku rezeki yang halal dan melimpah ruah agar aku dapat menyelesaikan segala hutang piutangku sebelum ajalku tiba. 

Di penghujung tahun ini aku menghabiskan masa bercuti ke salah sebuah tempat yang tercantik di negeri ini. Keindahan air laut yang membiru dan pasir pantai yang memutih berjaya membuatkan aku gembira seketika seolah2 aku sudah bebas dari HIV. Aku sempat bermandi manda sambil bermain2 istana pasir di sana. Itulah kisahku sepanjang 2010. lebih banyak kisah sedih berbanding kisah gembira. Life must go on whatever happens.


9 comments:

  1. bila membaca n3 kali ni saya terbuai emosi.
    bagus untuk perkongsian dan pengajaran.
    apa2pun zam, itu cerita 2010.

    2011 dan seterusnya kita bukan lemabaran baru dan saya nampak azam sudah semakin positif.
    sesekali terluka, kita insan biasa. kita ada ramai kawan yg sentiasa mendoakan dan menyokong zam. family baru kita.

    jgn risau sgt juga tentang jangkitan kepada org lain kalau setakat luka2 dan berdarah ni. terdedah sahaja di udara virus akan mata dan bukan semudah itu menembusi kulit. jika tangan ahli keluarga luka, melecet dsbnyapun bukan semudah itu ianya berjangkit. memakai glove spt yg diamalkan di hospital adalah langkah berjaga2. doktor is yang merawat saya dengan ikhlas memegang dan menyentuh saya tanpa glove semasa mengambil darah. yg penting sikap berhati-hati.

    tak disebabkan itu semuapun kalau Allah takdirkan terjadi, berjangkit juga. ada yg masuk hospital sebab sakit lain, apabila buat pemindahan darah, tau2 dapat hiv. ramai sebenarnya, huhu...

    ReplyDelete
  2. ya AHP, itu adalah antara coretan kisah azam semenjak azam didiagnose sebagai HIV+. Azam tak sempat catat dalam dairi sebab pada masa itu azam terlalu down. kini alhamdulillah azam sudah semakin positif dan kuat.

    terima kasih kerana sudi membaca n3 yg begitu remeh temeh ini. kekadang rasa sedih dtg bila menaip n3 ini seolah2 azam kembali ke zaman itu. rasa suka, duka dsb yg azam rasai ketika itu menjelma semula. apapun kisah2 ini hanya sekadar iktibar. moga kalian mengenali diriku yang sebenar dan menerima diriku seadanya. mungkin esok atau lusa azam akan pergi selama2nya. biarlah kisah ini menjadi pengajaran buat semua. moga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. Oh orang tu ada blog rupanya As tatau pun. Keep on writing. We need people like you oke!

    Take care!

    ReplyDelete
  4. teruskan menulis azam.

    ReplyDelete
  5. AS; inilah blog terbaru azam. ada masa utuslah sesuatu buat tatapan diri azam menggambarkan sokongan kalian. insya allah azam makin kuat

    AO ; terima kasih kerana memberikan ruang dan masa untuk azam mempelajari sesuatu. u r one of my best teacher. tq AO.

    ReplyDelete
  6. elok juga kita kenang saat kita mula disah kan dan tidakan yang pernah kita ambil sekurang2nya jika ditakdirkan ada yang dah tahu awak +ve, suruh iaorang baca jer blog ni balik. Cerita ajer apa yang nak kita ceritakan tentu ada manafaat buat org lain yang membacanya itu. Alhamdulillah saya ada beli rumah jugak tapi share dg kakak yang dah terlajak tak kahwin2 lag alhamdulillah kerana hutang rumah dah langsai. Harap awak akan tabah ya...

    ReplyDelete
  7. 7000 mak datuk banyaknya belanja beli ubat ni...

    ReplyDelete
  8. zam...jijun nie...i sentiasa sokong u...kalo org lain xnak kawan atau menjauhkan diri dari u...tapi i akan support u...sebab i tau betapa susahnye kite menganggung beban yg org xnampak...

    ReplyDelete
  9. tQ jIjun. friendship forever.

    Naj Mi ; bgsnya awk dah takde bebanan hutang. sekurang2nya awk terlepas dari seksaan nanti.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST