Rakan AzamAli.com.my

Wednesday, 7 December 2011

kehidupan sebagai PLHIV

Buat kesekian kalinya, aku muncul dalam blog ini dengan membawakan detik2 pengalamanku yang telah merubah seluruh jalan kehidupan dan masa depanku. sebelum ini,aku tak pernah terfikir yg aku akan menjadi salah seorang pembawa hiv+.pengetahuanku dalam hiv hanyalah melalui tv dan info2 berkaitan dalam bentuk risalah. namun aku tak pernah cuba utk mendalaminya secara serius. cukup sekadar menjadi bahan utk didengari spt kita menont0n iklan2 di tv.

Rasa2nya bila anda ditanya,adakah anda mahu menjadi seorang pembawa hiv/aids? sudah tentu jawapan yang mudah SAYA TIDAK MAHU. siapa yg sanggup menghadapi kehidupan dalam keadaan tubuh badan yang diresapi oleh virus yang boleh merosakkan sistem pertahanan badan lalu menimbulkan pelbagai jenis penyakit yang membawa maut.  

namun bagi aku,ia adalah satu ujian dari allah. kenapa aku berkata sedemikian? gilakah aku yang terang2 mengaku bahawa aku Redha MENJADI SEORANG PEMBAWA VIRUS HIV.bagi aku,ini adalah ujian yang allah turunkan buat insan2 terpilih. tidak semua orang mahu menghadapi ujian yg sebegini. 
 
aku telah melalui fasa2 yang begitu memeritkan jiwa dan lara selama hampir 2 tahun.pada masa itu,aku hidup sebagai seorang pembawa hiv tanpa seorang pun ahli keluargaku mengetahuinya. 25 november 2009 adalah tarikh yg tetap kuingat sampai bila2 sbb pd hari itu aku dengan rasminya disahkan sebagai pembawa hiv+. perasaan sedih, kecewa, terkejut bercampur baur. aku hampir tidak percaya apabila melihat laporan pemeriksaan kesihatan yg menyatakan aku adalah seorang hiv+.

 

dalam jangka  masa 2 tahun selepas itu,aku telah bertemu dengan pelbagai ragam manusia yg menjanjikan seribu pengharapan buat diriku. ada yang berjanji utk bersama2 mengharungi kehidupanku yg dipenuhi ranjau duri. berjanji utk memberi semangat dan membantu segala apa yg aku perlukan. namun itu semua hanya mimpi. aku ibarat pungguk rindukan bulan. aku redha dengan semua ketentuan ilahi.  

orang yg dipercayai  satu2nya org yang tahu statusku akhirnya dengan seribu alasan menyepikan diri seolah2 aku adalah seorang penjenayah yang berbahaya. langsung tiada khabar berita sepertimana kebiasannya. tambah melukakan hatiku dia tergamak memberitahu pada ahli keluarganya ttg status diriku sbg pembawa hiv+ sedangkan dia telah berjanji akan merahsiakan perkara ini. entah pada siapa lagi hal dia beritahu ttg hal ini. kepercayaan azam thdp insan itu musnah sama sekali. 

kasih sayang manusia tidak kekal namun kasih sayang allah jua la yang abadi.itulah jadi peganganku.sebaik2 tempat mengadu ialah allah.









3 comments:

  1. Slm...sy turut bersimpati dgn saudara...klau x jd keberatan,boleh x saudara menceritakan serba ringkas ttg bagaimana saudara dapat Hiv sbg iktibar kita bersama..tq

    ReplyDelete
  2. kat blog ada. carilah sendiri. AA takda masa nak recall benda yg AA dah postkan. tu saja. tq. ada apa2 lg?

    ReplyDelete
  3. x jmp pn cerita bagaimana dpt hiv..saya juga ingin tahu

    ReplyDelete