Rakan AzamAli.com.my

Saturday, 10 December 2011

Detik2 selepas 25 November 2009/berdepan dengan majikan dan mimpi pelik ( part II)



Aku telah ceritakan kepada korang  semua tentang tindakanku sebaik sahaja mengetahui diriku adalah seorang HIV+ iaitu meninggalkan tugasku tanpa makluman kepada ketua jabatan. Alangkah gilanya tindakanku. Namun aku nekad melakukannya walaupun aku akan dipotong gaji. Aku sanggup asalkan tekanan akibat menerima dugaan yang cukup berat bagiku dapat dikurangkan. Aku tidak boleh memaksa diriku bekerja dalam keadaan mental dan emosiku terganggu.


Seminggu berada di KK aku sudah dapat mengawal diri walaupun ada juga saki baki perasaan stress sedikit. Aku kembali ke tempat bertugas seperti biasa. Rakan2 sekerja sibuk bertanya tentang sebab aku tidak hadir selama seminggu. Ada yang cakap aku berkursus la dan mcm2 lagi. Masa itu bos no 2 memanggilku. Dalam hati aku sudah dapat teka tujuan dia meminta aku datang ke biliknya.




Sempat juga aku baca selawat dan doa2 sikit moga2 hatinya dilembutkan daripada megambil tindakan terhadapku. Dari riak wajahnya, kulihat dia tersenyum dan menyuruhku duduk. Dalam hati aku berkata, Wah ada chance la hari ni. Kakak ni mcm mood bagus jak. Hu hu hu..


Tidak salah tekaanku. Dia bertanya sebab ketidakhadiranku selama seminggu. Mula2 aku tidak tahu bagaimana cara untuk menjelaskan kepadanya. Air mataku hampir mengalir waktu itu tapi aku tahan sebab malu la menangis depan bos. Mau jak aku beritahu dia perkara yang sebenar sebab dia begitu mesra dengan kami semua staf bawahannya.Tapi aku masih dalam langkah berjaga2 agar rahsiaku tidak sampai ke pengetahuan siapa2 buat masa ini. Aku menjelaskan keadaanku yang mengalami masalah peribadi yang sangat berat dan tidak dapat menumpukan perhatian pada tugas. 

Mujurlah dia memahami dan memberikan aku semangat agar aku kuat menghadapi cabaran.Dia menasihatkan aku agar menyelesaikan masalah2 yang mengganggu fikiranku supaya aku dapat bertugas dengan baik dan selesa. Sempat dia bergurau “ kakak ingat ko ndak datang ni sebab mau buat persiapan kawin,saja mau kasi surprise kakak” hu  hu hu… kataku dalam hati, kak…siapa yang tak mau kawin,tapi keadaanku sekarang ni sudah tidak mengizinkan untuk aku bina masjid. Siapalah yang sudi menerima lelaki yang ada HIV mcm aku ni. 


Syukur Alhamdulillah, KJ aku cukup bertimbang rasa kali ini. Cuma aku agak tersentuh hati bila dia sebut soal kawin. Sebenarnya KJ aku ni seorang perempuan. Pernah dia cuba “kenenkan” aku dengan adik angkat yang kebetulan rakan sekerjaku. Dia terlalu berharap sangat agar hubungan aku dengan adik angkatnya jadi. Namun masalahku menyebabkan aku terpaksa melupakan hasrat murni itu. Bukan aku tidak mahu menerima tetapi keadaanku yang seperti ini pasti akan menimbulkan kekecohan yang besar jika diketahui di tengah2 khalayak kaum keluarga, rakan2 sekerja dan kawan2. Aku tidak mahu menerima tekanan lagi. Cukuplah tekanan yang aku hadapi sekarang ini yang cukup berat untuk aku hadapi. 


Ada juga aku terfikir untuk pergi ke hospital. Namun setiap kali hasrat itu datang ada saja halangan yang datang. Perkara yang menyebabkan aku tidak jadi untuk datang ke hospital ialah rata2 staf di hospital di daerahku mengenali diriku. Ramai juga kalangan ahli keluargaku bertugas di sana. Jadi niat utk ke hospital tidak jadi. Selain itu, pengalamanku disergah oleh doktor berbangsa cina berumur 50-an amat menjadikan aku phobia. Bila wajah doktor itu secara tidak sengaja terbayang di fikiran, aku melihat dia seolah2 seekor singa ganas. 


Setiap malam aku sering mengalami mimpi yang ganjil. Pernah aku termimpi arwah atukku sedang terbaring di atas tilam dalam keadaan dia sedang nazak. Pada masa itu hanya aku dan nenek saja yang ada. Kami berdua cuba buat apa yang patut. Aku cuba membisikkan kalimah syahadat ke telinga arwah. Namun arwah memegang kedua2 belah tanganku dan cuba bangun dari tempat pembaringannya. Aku terkejut dan terbangun dari tidur.


Itulah mimpi yang tidak pernah hilang dari ingatanku. Seakan2 ada petanda yang allah nak ceritakan padaku. Namun siapalah aku sebagai manusia biasa yang mempunyai ilmu pengetahuan yang amat terbatas.

4 comments:

  1. teruskan berkongsi azam. banyak yg dapat kita pelajari dari perkongsian2 begini terutama erti ketabahan & perjuangan.
    Allah bersama org2 yg sabar.

    blog sahabat kita, huei:
    http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ya teruskan berkongsi azam moga ini menjadi salah satu cara kita kuatkan azam dengan berkongsi...

    ReplyDelete
  3. azam..teruskan perjuangan ini.sya sentiasa menyokong awk sama-samalah berkongsi yer...

    ReplyDelete
  4. AHP, AO dan Laila

    terima kasih. saya sgt terharu dengan sokongan kalian.

    ReplyDelete