Saturday 15 September 2012

HAART Azam Hari keempat

Segala puji bagi allah tuhan semesta alam...


Hari ini sama seperti hari2 sebelum ni aku meneruskan sesi pengambilan ubat HAART yang dibekalkan doktor kepadaku. Hari ini agak special sedikit. kenapa? sebab allah telah  membuka pintu hati salah seorang rakan positive worrior untuk mengajarkanku cara atasi beberapa kesan sampingan yang aku alami 3 hari yang lepas.


Malam tadi sebelum aku menelan ubat, aku telah amalkan apa yang diajarkan oleh Najmi. begitu juga dengan adab tidur yang diajar oleh beliau. jujur aku katakan bahawa aku sudah tahu apa yang disampaikan oleh najmi namun di saat aku menghadapi saat2 panik, cemas sebab pertama kali memulakan HAART aku akhirnya menjadi lupa kepada perkara2 asas tersebut.


aku ucapkan terima kasih kepadanya kerana melalui dia aku recall balik mende2 tu dan cuba amalkan. kesannya aku tidak mengalami mimpi yang ganjil2. begitu juga khayalan2 yang bukan2 yang sering kualami apabila aku di dalam keadaan tidur tidur ayam. semua itu hilang begitu sahaja.


di hari yang keempat ini, aku terjaga seawal pukul 2:00 pagi. Aku sudah tidak mengalami keadaan mual seperti sebelum ini. begitu juga rasa pening yang teramat sangat seperti hari permulaan. Biasalahkan kalau terjaga pukul2 mcm ni tak lain dan tak bukan mesti nak mencari tandas. aku tidak lagi berjalan dalam keadaan terhuyung hayang. sebaliknya aku rasakan diriku kembali cergas secergas  diriku sebelum aku makan ubat2 HAART ini.


Mungkin ubat yang aku makan telah serasi dengan fizikalku itulah sebabnya sejak kelmarin dan hari ini aku sudah tidak berapa mengalami masalah mual dan pening2 yang agak keterlaluan seperti kualami pada hari pertama dan kedua aku memulakan pengambilan ubat2 HAART. mudah2an kombinasi ubat yang diberikan oleh doktor ini adalah tepat dan sesuai. Inilah yang akan menjadi rutin harian dalam riwayat hidupku sebagai PLHIV.




memandangkan aku ingin meneruskan hari terakhir berpuasa sunat syawal, aku mula menghabiskan masa menaip dalam blog sambil menikmati buah2an dan minuman teh bercampur madu. menu2 itu cukup kujadikan sebagai sahur bagi puasa sunat syawalku yg hanya tinggal sehari untuk disempurnakan. Aku tidak mahu sambung tidur mcm hari2 sebelum ni bila saja aku bangun tengah malam mcm ni aku pasti kembali berbaring di tempat tidur. Namun pada hari ini pula sebaliknya. Aku ingin menghabiskan masa dengan makan buah2an dan minum banyak air sebelum mula berpuasa.


Aku teringat pesan sahabat baikku Christopher, peer support di hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Menurutnya, aku perlu minum air yang banyak agar ubat yang kumakan cepat sebati dalam darah dan juga kandungan toksik dari  ubat yang berlebihan dapat disingkirkan samaada melalui peluh dan air kencing.  Jadi tak kisahlah jika aku kerap ke tandas buang air kecil setiap jam kerana itu petanda yang agak baik di sudut kesihatan.


Di saat2 ini aku masih lagi dalam tempoh percubaan sehingga selesai tempoh yang diberikan untuk aku memulakan pengambilan ubat HAART selama 2 minggu. Selepas itu barulah aku dapat tahu adakah ubat yang telah dibekalkan kepadaku benar2 sesuai dengan fizikalku atau tidak. Aku hanya bertawakkal kepada  Allah.

6 comments:

  1. MUdah2an ubatan ini sesuai dg AA, rasa saya lah maaf kalau salah)ini antara gabungan ubatan yang paling baik dlm senarai pilihan doktor buat masa ini. Wallahuallam.

    Sebaiknya masuk tidur lebih awal, saya pasti kalau AA berjaga (tak tidur) beberapa jam selepas telan ubat terhoyong hayang akan kembali datang. Bagaimana pun lain orang lain kesan nya kan, kemungkinana kesan pada tubuh AA lebih special dan diterima baik dan dengan cepat sempurna menyerap dalam tubuh AA.

    Insyaallah segalanya akan dipermudahkan ... terutama "bab" ulang alik ke hospital tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nAJMI ;

      terima kasih bnyk2 kat awk ye. tips2 yg awk share cukup berguna n bnyk bantu sy.

      doktor yg bg ubat kat sy pun kata mcm tu jgk. kombinasi ubat ni adalah yg terbaik. tp walaupun ia terbaik tak semestinya sesuai pada semua orang. ada jg yang terpaksa menukar kombinasi ubat lain sebab ubat yang diberikan pada mulanya tak serasi dengan tubuh.

      Delete
    2. AA,
      Ya betul tu, harapan saya segalanya dipermudahkan... :)

      Delete
  2. Alhamdulillah, moga segalanya akan lebih beransur mudah bagi awak, Azam.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan utk azam,

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah segalanya semakin baik

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST