Tuesday 18 September 2012

HAART Azam hari ketujuh


Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 79 tahun yang disambut pada 16 September 2012.

Semoga semua warga ATM dalam tiga cabang perkhidmatan  Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sejahtera sentosa untuk berbakti dan mempertahankan negara. Jasa dan pengorbanan anda tiada galang gantinya.




Jasa dan pengorbanan tentera sangat mulia kerana dengan adanya mereka kedaulatan negara dapat dipertahankan daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan keselamatan. Dalam konteks diriku, tentera yang ada dalam tubuh badanku adalah CD4 yang menjadi perkiraan dan penentuan sama ada aku perlu memulakan pengambilan ubat2an HAART atau sebaliknya. jumlah CD4 ku yg terkini pada 11 September adalah 317, sudah berkurangan rupanya. oleh itu, aku perlu patuh pada arahan doktor untuk memulakan pengambilan ubat HAART.

 
Hari demi hari berlalu. sudah masuk seminggu lamanya aku hidup sebagai PLHIV yang bergelumang dengan ubat-ubatan HAART. aku tidak menyangka bahawa dalam hidupku akhirnya aku terpaksa hidup bergantung dengan ubat-ubatan. tanpanya, sudah pasti aku mengalami masalah kesihatan akibat kuman2 HIV yang menumpang di dalam darahku.


Setelah bercuti kelmarin hari ini aku kembali bertugas seperti biasa. aku bersyukur kerana setakat ini aku belum pernah minta cuti hanya kerana kesan sampingan ubat HAART yang aku mula ambil pada 11 September lepas. Aku masih mampu datang ke tempat kerja sekalipun mengalami sedikit rasa pening dan mual pada dua hari pertama aku makan ubat.


Aku juga bersyukur kerana kelmarin iaitu hari isnin dikira sebagai cuti umum kerana sambutan hari malaysia jatuh pada hari ahad. bertambahlah sehari jumlah cutiku. 3 hari aku habiskan masa merehatkan diri di rumah sepuas2nya di samping aku meneruskan jadual pengambilan ubat HAART setiap pukul 10 malam dengan penuh disiplin.


Aku dapat rasakan dua jenihs ubat yang doktor sarankan padaku iaitu Stocrin dan tenovofir ini serasi dengan keadaan tubuh badanku. selanjutnya aku diminta datang ke hospital untuk diambil darah pada hari khamis ini 20 september. melihat pada tarikh tersebut, aku terkejut kerana ia jatuh pada hari khamis sedangkan hari jumaat adalah hari bekerja.


aku cuma merayu pada pihak hospital agar tarikhnya diubah ke hari jumaat 21 september agar aku dapat mc sehari pada hari itu. jika tidak, aku terpaksa kembali bekerja pada hari jumaat. belum sempat nak berehat kena balik bertugas pula. mujur pihak hospital bersetuju.

isnin, 24 hb september pula sesi temujanji dengan doktor. aku tidak tahu apa yang patut aku kemukakan kepada pihak doktor untuk temujanji kali ini. apapun aku akan terus bertanya kepada rakan2 positive worrior berkenaan perkara2 yang boleh dirujuk kepada doktor nanti.


3 comments:

  1. Alhamdulillah...syafakallah. Semangqt begini yang kita mahu. Apa2pun zam, tunggu selepas 2 minggu untuk mngetahui situasi sebenar keserasian ubat. Selepas itu 3 bulan kemudian untuk mngetahui bacaan cd4 dqn viral load. InsyaAllah semua ok. Ubat yang azam makan sekarang adalah antara yang termurah, berkesan dan paling kurang kesan sampingannya. WA

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg pie, ini semua berkat usaha yang tak pernah kenal erti penat dari abg pie sendiri. terima kasih tak terhingga. masih sy ingat lagi sebelum sy terjumpa blog abg pie, sy takut nak jumpa doktor apatah lagi nak dptkan rawatan di mana2 hospital.selepas membaca blog dan berkenalan dengan rakan2 positive worrior, maklumat yg sy dapat akhirnya menjadikan sy tergerak hati utk dtg ke hospital ssebelum terlambat. abg pie doakan moga ubat ini serasi dengan azam. apa2 perkembangan azam akan beritahu dlm blog ini. terima kasih.

      Delete
  2. alhamdulilah ...

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST