Thursday 8 December 2011

Temujanji pertama 6 Disember 2011

Hari yang ditunggu2 telah tiba. Hari ini aku bakal menyaksikan sejarah dalam kamus hidupku iaitu adakah aku benar2 seorang PLHIV yang perlu menjalani rawatan atau belum. Bermacam2 perkara yang bermain di fikiranku. Aku terfikir adakah cd4 aku skrng masih lagi tinggi ataupun dah mencecah di bawah 10.Allahualam.. segala2nya pasti akan terjawab pada hari ini.

Masih segar di kotak fikirku betapa meriahnya saat2 bersama dengan rakan2 senasib di KL. Satu persatu rakan2 kubayangkan. AHP,HALIM, LR, ABG FAREEZ, MAEL, LAILA ISABELLA, AKULELAKIITU, SAIFUL, NAZAM, FRZ.SPN, Apalah agaknya mereka tgh buat sekarang ni.Kan bgs kalau dorang dapat temankan aku ke hospital hu hu hu...hei, tak baik manja2 mcm ni.Ko kena kuat dan tabah Azam.

Seawal pukul 7 pagi, rakan "peer support group", Christopher menghubungiku melalui telefon. Dia saja nak memastikan yg aku dtg ke hospital dan tidak larikan diri mcm segelintir yang dia kenali sebelum ini hilang tanpa dapat dikesan jejaknya sedangkan keputusan sudah terang hiv+. Sebenarnya mlm sebelum azam berangkat balik ke Kota Kinabalu,dia beberapa kali menghubungiku tapi pada waktu itu hp Azam tutup. Sampai je d airport,baru Azam buka dan terus hubungi dia untuk memaklumkan Azam sedang dalam perjalanan balik Sabah. 

Dia berjanji untuk menungguku di biliknya yang bersebelahan dengan bilik Kaunselor Joseph. Setibanya di sana, Azam terus je masuk ke bilik Christoper. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya membuatkan Azam rasa kehadiran Azam sangat dialu-alukan. Sempat lagi kami berborak ttg jenis2 ubat HAART yang diambil. Siap dengan gambarajah besar lagi dilekat atas meja biliknya. Pelbagai rupa bentuk ubat HAART dgn pelbagai nama. Azam sendiri pun tak pernah dengar. Namun yg pasti azam akan menelan ubat2 itu nanti. 

Sedang kami rancak berbual2, Kaunselor Joseph masuk ke dalam biliknya. Dia kelihatan agak sibuk pada hari ini. Christopher terus memberitahu ttg kedatangan saya. Sy masih tak berganjak lagi dari biliknya. Di saat itu KJ berkata " kamu kena jumpa doktor"........ gedebum gedebum.... mcm terkena bom atom rasanya.Apakah maksud disebalik kata2 KJ?Aku semakin berdebar2 menanti.

Adakah aku ni masih lagi sihat? Mcm mana cd4 aku, adakah tubuh badan aku alami apa2 jangkitan?...Bmcm2 soalan dtg menerpa.
KJ memanggilku masuk ke dalam biliknya. Profesionalnya, dia menutup pintu dan kami berdua membuat sesi pertemuan bersama di situ. Dia membuka fail rawatanku. berdebar2 rasa hati tuhan je yang tahu. 1,2,3,4.... en, seperti yang encik maklum, encik memang HIV+. Saya harap encik dapat terima. Aku mengangguk. Dia memberitahu jumlah cd4 ku skrng 254.Jadi mmg aku perlu mulakan rawatan.standard WHO, sesapa yg cd4 bwh 350 wajib memulakan rawatan..... ( dlm hatiku..hah...ohhh tidakkkkkkkkkkkkkk)

Seterusnya KJ menyerahkan failku kpd staf yg bertugas d kaunter unit ID.Tinggal tunggu giliran utk berjumpa dengan doktor pakar. Seperti pesakit lain,aku menunggu giliranku dipanggil masuk jumpa doktor. Christoper terus dtg ke arahku dan membawaku bersembang seperti biasa. Syukur alhamdulillah, dia sudi juga menemaniku dan mengisi saat2 kebosananku di sini. Menurutnya, aku akan berada di bawah jagaan Doktor Timothy, seorang doktor pakar dalam ID unit di hospital ini.  

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang agak tinggi memanggil namaku.Kulihat fail yang diserahkan oleh KJ ada pada dia. Dia pula yg membawa failku sedangkan dia berkeadaan memakai tali leher dan bukannya staf biasa. tidak seperti pesakit lain fail2 mereka dipegang oleh staf biasa. Lelaki itu memanggil namaku dan membawaku masuk ke dalam biliknya. Baru aku tahu rupanya dialah Doktor Timothy yang disebut2 oleh Christoper. Sebelum berjumpa beliau, aku sangkakan dia adalah seorang doktor wanita berbangsa India yg memakai kain sari. Ternyata sangkaanku jauh meleset. Dia seorang lelaki yang tinggi, agak handsome dan peramah orangnya.

Antara perbualan pertama aku dengan Doktor Timothy adalah berkisar mengenai latar belakangku. Dia juga ingin tahu siapa diriku yang sebenar. Aku tanpa rasa segan menjawab segala persoalannya. Aku tahu, doktor inilah yang akan menjaga dan merawatku seumur hidup. Jadi aku mesti memberi kerjasama. Namun, ada juga beberapa perkara yang berupa kebimbangan kusuarakan kepadanya. Namun atas pengalaman yang ada, dia berjaya meyakinkanku bahawa virus yang ada dalam tubuhku bukanlah penamat kehidupan. Aku akan jadi lebih sihat berbanding org2 normal tapi mesti ikut rawatan doktor. Itulah antara kata2 doktor timothy yg kujadikan sebagai azimat.

Persoalan yang membuatkan aku terkesima.."awk dah kahwin, ada gf" ...aku berfikir bgmana cara nak menjawabnya. Lantas dgn nada berterus terang,aku memberitahunya yang aku masih lagi bujang dan aku juga menceritakan pengalamanku. Sebelum ni aku mempunyai teman wanita yang sebaya umur dan kerjaya . Tetapi apabila aku mengetahui keadaanku,hiv+,aku jd terlalu berat mulut utk berterus terang kpdnya. Aku pun tak tahu kenapa aku begitu susah untuk menyatakan kebenaran. Aku menantikan masa yang sesuai untuk meluahkan namun bila saja sampai masa utk kuberterus terang,ada je halangan yg dtg.

Akhirnya, aku cuba cara psikologi. Aku kaitkan diriku dengan org lain dan meminta pendapatnya bagaimana. Aku juga pernah bertanya kpdnya, mcm mana kalau kita kahwin tp takda anak? Sanggupkah awk? Mcm mana kalau sy sakit,dan mati dulu dari awk,awk boleh terima ke?

Itulah antara persoalan yang sempat kujadikan sebagai kayu pengukur penerimaannya terhadap insan hiv+. Mula2 nampak penerimaannya ok tp lama kelamaan dia semakin berani memprotes. Katanya, "apa guna kahwin kalau takda anak". Aku tahu keadaan fmlynya, dia ada seorang ayah yang telah tua dan uzur tapi dia sering abaikan. Jd, aku buat kesimpulan bahawa mmg dia tidak akan dapat menerima aku sebagai pembawa hiv+ lbh2 lg kalau aku dah sakit nanti.Akhirnya kami break. Aku tak mahu dia menanggung kesusahan akibat keadaan diriku.Aku mahu melihat dia bahagia dengan seorang lelaki yang sihat bukannya seperti aku.

Kelihatan Doktor Timothy agak simpati. Dia  ckp"sorry sebab i tanya soalan tu kat awk"... Mungkin dia tahu pengalaman kehilangan org tersayang sgt memeritkan. Aku bgtau doktor bhw ex gf ku telah membeli rumah. Kami mmg dah lama merancang utk tinggal di sana bila suda berumahtangga nanti. Namun impian itu hanya tinggal mimpi.

Perbualan terhenti apabila doktor cuba memeriksa seluruh tubuh badanku. Kata doktor aku masih sihat lagi walaupun cd4 tingal 254 shj. Hmpir sama dgn flat no keretaku.huhuhu...Alhamdulillah,tiada apa2 yang pelu dibimbang ttg keadaan fizikalku. Berat pun mencecah 75kg. Sblm ni tak sampai pun 70. 

Doktor memberikan aku antibiotik ( utk mencegah pneomenia dan kanser otak), multi vitamin, vitamin c dan b kompleks. Aku perlu makan ikut waktu yang ditetapkan. Seterusnya dia menyerahkan aku kepada pegawai farmasi iaitu Encik Wong. Doktor Timothy sendiri yg serahkan failku kpdnya. Tak mcm doktor lain,mungkin d suruh cari sendiri.. Encik Wong,seorang pegawai farmasi berbangsa cina yang masih lagi muda tapi berdedikasi. Katanya, kali ini aku akan diberikan sesi training sebelum diberi ubat HAART. Dia menerangkan satu persatu mengenai ubat yang dibagi. Bekalan ubat adalah utk selama 2 bulan. Aku cukup puas hati dengan layanan yang diberikan olehnya. Dia banyak berikan aku peluang utk bertanya jika ada sebarang kemusykilan.

Selepas berjumpa Encik Wong, aku terus dptkan Christoper. Sempat lg dia bertanya mcm mana, ok... aku jwb ok je.. hu hu hu..

Masa yang sama, salah seorang rakan peer support berbangsa melayu datang. nasibku agak baik pada hari itu aku dapat berjumpa dan berkenalan dengannya. Umur sebaya dengan Christoper. Suka dgn nama panggilan Wan. org KL tp dah lama bermastautin di Sabah. Mula2 aku rasa segan sgt tp Christoper meyakinkan aku bhw wan sama seperti aku,hiv+.

Kulihat wan sihat walafiat,sama mcm Christoper, seolah2 dia tidak ada apa2 penyakit. Dia didiagnose sebagai pembawa hiv+ pada tahun 1999. Pada masa itu,cd4nya cuma 10. Keadaannya sgt lemah dan terpaksa dimasukkan ke wad. Sama mcm christoper juga. Masa mula2 dikesan dan menerima rawatan, keadaan mereka nampak ketara sangat kurus dan lemah. Hinggakan Doktor Timothy ckp dah takda harapan. Keluarga Christoper disuruh sediakan kelengkapan dan upacara kematian. Sampai begitu sekali keadaannya. Namun kini mereka berdua sihat dan masih berpeluang menjalani kehidupan normal. Mereka berdua bg semangat lg kat aku, "ko bgs masih nampak sihat lagi, dpt rawatan awal lg. kalau kami dulu mcm mayat hidup. Suda nampak mcm org mau mati". Lepas ni jgn lari ya.Kena dtg hospital utk teruskan rawatan.huhuhu Itulah kata2 Doktor Timothy dan Christoper kpdku. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka.

Alhamdulillah, urusanku pada hari ini berjalan lancar. temujanji seterusnya pada 16 januari 2012 utk ambil darah. Seterusnya 13 februari 2012,sesi rawatan HAART akan dimulakan. Mudah2an allah memberikanku kekuatan utk menghadapi ujian ini.



6 comments:

  1. tahniah & syukur alhamdulillah..
    bertambah lagi hiv fighter sekarang.

    ingat betul2 azam, masalah hiv bukan virus, kesan rawatan haart dan peluang hidup sihat.
    masalah kita ialah virus jahiliah. kita mesti fight!

    jgn risau. cd4 saya dulu cuma 46 sahaja.
    azam masih ok berbanding saya.
    saya nak sampai 2++ tu entah bila.
    yg penting lawan tetap lawan!

    ReplyDelete
  2. terima kasih aHP.

    azam akan cuba hadapi ujian ni dengan cara yang terbaik. Ini semua adalah dorongan Ahp dan rakan2.

    ReplyDelete
  3. 254 memang dah sesuai untuk mulakan HAART, macam saya dulu dah 180 terus lari hahaha haa saya pun dah jadi macam mayat hidup mcm kawan baru awak Christoper dan Wan tu.
    Azam awak mula dari sekarang dalam keadaan masih kuat insyaallah cd4 akan cepat meningkat nanti.
    Dengo cakap doktor ya.

    ReplyDelete
  4. Huei;

    terima kasih ye.. alhamdulillah azam masih lg berupaya utk berjalan,berlari, naik tangga, memandu dsb tanpa mengalami kepenatan. mungkn allah masih sygkan azam.

    ReplyDelete
  5. hai azam..saya pun dah mula mik haart..nie jer peluang saya nak hidup sihat walaupun cd4 sy dah naik 287 tp tetap kena mkn ubt jugak lgpun antibodi saya lemah senang sgt diserang sakit.betul ape yang abg ahp ckp 2 kite bukan takut masalah hiv bukan virus, kesan rawatan haart dan peluang hidup sihat tetapi
    masalah kita ialah virus jahiliah. kita mesti fight!
    tue yang saya alami sekarang ni...bykkan bersabar yer.rakan2 akan menyokong awk.

    ReplyDelete
  6. terima kasih laila.. cd4 awk tinggi dari sy, cuma 254 je.. 2 tahun azam tak check.

    moga allah berikan kpd kita kekuatan utk hadapi ujian ini ya.

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

SALAM DIHULUR MAAF DIPINTA

Selamat hari raya aidil fitri... Kepada yang telah memulakan haart treatment, jangan lupa makan ubat tepat masa. Sentiasa bawa ubat kalau be...

MY POPULAR POST