Sunday 18 December 2011

Aku Perlu Kuat




Alhamdulillah, aku bersyukur kepada allah kerana masih memberikan nikmat utk aku terus bernafas dan melihat keindahan alam fana yang terbentang luas di depan mata. Setelah aku menemui jalan yang membangkitkan semangatku akhirnya aku mula menjalani aktiviti seperti yang pernah kubuat sebeum aku didiagnose. Aku mula sedar alangkah ruginya jika aku selalu tenggelam dengan buaian arus emosi yang tiada berhujung pangkal. Tidak akan ada jalan penyelesaian jika aku terus melayan perasaan.Lebih baik aku memikirkan perkara lain yang lebih mustahak demi menjaga diriku agar sentiasa kekal di tahap kesihatan yang baik. Aku ingin terus hidup berbakti dengan lebih cemerlang kepada masyarakat sebelum nyawaku sampai kepenghujung.

Buat apa membuang masa melayan masalah orang lain yang tidak pernah mengenal keadaan diriku yang ada masalah ?Malah masalah yang aku tanggung lebih berat sebab melibatkan soal hidup mati serta masa depan. Buat apa membuang masa memikirkan diri orang lain sedangkan diri sendiri pun sentiasa terabai?Pendek kata, jagalah diri dahulu sebelum menjaga diri orang lain. Pastikan diri sendiri dalam keadaan sihat dan terjaga segala2nya barulah mengambil tahu keadaan orang lain tapi dalam keadaan yang berpada2 jgn sampai jadi lebih sudu dari kuah. Belum tau lagi mereka akan bersama-sama di kala susah dan senang. Mungkin disebabkan aku lahir sebagai anak sulung dan dalam keluarga aku dipanggil abang maka tahap keprihatinanku terhadap sesiapa sahaja terlalu tinggi sehingga kadang2 diriku tak sempat jaga dengan baik.

Perkara yang paling penting bagiku ialah sikap dan cara aku berfikir. Aku perlu buktikan kepada semua bahawa HIV bukanlah penamat segala2nya bagi diriku. Pada tahun depan aku akan buktikan segela2nya adalah lebih baik. Insya allah. Aku tak akan mengalah dengan mudah.

Pada hari ini aku telah melakukan rutin harian yang pernah kubuat sebelum ini. Ternyata tubuhku masih lagi mampu melakukannya malah lebih lagi. Aku rasa gembira dan puas sebab sebelum ini aku begitu takut dan terlalu menghadkan pergerakanku dengan alasan mahu jaga diri agar tidak sakit. Bermacam2 andaian datang dalam fikiran seolah2 HIV menjadikan diriku terlalu lemah. Mulai saat ini, aku nak tukar persepsi yang negatif jadi lebih positif iaitu HIV menjadikan aku kuat. Barulah detik2 kehidupan ini aku dapat lalui dengan semaksima yang mungkin tanpa rasa menyesal.

Kesan akibat aku terlalu membataskan pergerakan tubuh menyebabkan daya stamina menurun. Aku yakin keadaan ini bukanlah disebabkan virus HIV tapi disebabkan aku lebih memanjakan tubuh dari terus aktif dengan kegiatan sebelum ini aku ceburi. Aku sendiri yang memasang perangkap untuk diriku. Orang lain akan perasan kenapa aku sudah tidak seperti dulu. Jawapannya aku sendiri yang tahu cuma tak nak cakap perkara yang mendedahkan kelemahan diri sendiri nanti pihak2 yang ada PHD akan mengambil kesempatan hu hu hu. 

Sebaik2nya biarlah tiada siapa yang sedar bahawa orang yang mereka damping adalah PLHIV. Aku yakin mampu untuk menjadi lebih baik berbanding dulu. Aku percaya pada kemampuan diriku. Insya Allah.

9 comments:

  1. "Bermacam2 andaian datang dalam fikiran seolah2 HIV menjadikan diriku terlalu lemah."

    Betoi tu dulu saya pun ragu-ragu nak berjemaah kat masjid, hingga fobia kejap bila ada orang batuk atau bersin berdekatan, kdg-kdg bila jemaah sebelah batuk kita siap menahan nafas takut kena jangkitan, mana tau kut-kut ia ada TB ker. Apa pun itu dulu skrg tak lagi. Kalau Allah nak bagi kita TB kat mana-mana pun boleh dpt kan. Cuma bagi saya yang tak beranai nak kerja luar dari kampung halaman, dulu memang ada kawan yang nak rekemen kan kerja di KL tapi kita tak nak, godaan nya terlampau banyak dll

    Apa pun teruskan hidup tanpa perlu ingat sangat yang diri kita ni +ve.

    ReplyDelete
  2. yeahh azam boleh.. aura ositif azam makin menyerlah...

    ReplyDelete
  3. bravo!
    baru betullll....!
    memang pun sebenarnya azam sgt positif.
    tepat apa yg azam kongsikan ni.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah.. sama-sama kita tempuh hidup di bumi Allah ni ye Abg Long.

    ReplyDelete
  5. hai azam...sbr bnyk2 yer...
    azam cikgu yer kt sekolah dsabah?

    ReplyDelete
  6. azam kembali lagi.... terima kasih kerana rindukan azam :)

    ReplyDelete
  7. wahh..hebatnya azam..sgt2 positif..

    ReplyDelete
  8. shda : sambil terkebil2 mata, kwang kwang kwang.................hahahaha

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST