Saturday 17 December 2011

Fasa Latihan sebelum HAART

Menghadapi hari2 yang mendatang sebagai PLHIV bukanlah semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu dijaga memandangkan dalam tempoh rawatan ada perkara2 yang menjadi rutin harian seperti minum ubat tepat pada masanya perlu diamalkan secara tetap.

Buat masa ini, dah masuk minggu yang ke-2 aku mengambil ubat antibiotik dan beberapa jenis vitamin iaitu vitamin C, multivitamin dan B kompleks. Pada 06/12/12 doktor yang memberikan aku ubat dan vitamin2 tersebut ialah Doktor Timothy dan diberikan penerangan oleh pegawai farmasi Encik Wong. Menurutnya, selama 2 bulan aku perlu menjalani fasa latihan untuk membiasakan diri dengan waktu memakan ubat.

Sepanjang minggu yang kedua ini, aku sering lupa mengambil ubat dan vitamin mengikut masa. Akibat kecuaian aku sendiri masa aku makan ubat boleh sampai lewat beberapa jam dari waktu yang sepatutnya. Itulah masalah diri aku terlalu cuai padahal umur belum pun masuk 60 tahun.

Permulaan aku makan ubat antibiotik, rasa pening2 selalu je aku rasai terutama pada waktu tengah hari dan malam. Mungkin ini perkara biasa sebab doktor ada bagitau bahawa kandungan dalam ubat antibiotik adalah sulfur dan kemungkinan ia tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang. Mula2 aku makan ubat ini rasa ingin termuntah tu ada sebab rasanya agak pahit apatah lagi bila lidah dapat merasa serbuk2nya yang seakan2 kapur putih.

Selepas minggu yang pertama rasa pening2 hilang dengan sendirinya diganti pula oleh kesan lain iaitu ruam di sekitar dada, dahi dan belakang. Namun ruam2 tersebut hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Kalau ruam2 ini timbul masa aku ada kat tempat kerja mesti kakak2 banyak tanya. Agaknya apa jawapan yang paling best utk dorang ye? .....Erm, aku jwb mcm ni jak "biasalah terlebih hormon" hu hu hu..lepas tu confirm dorang tak tanya2 lagi hahahaha....

P/s; Ubat antibiotik yang diberikan adalah untuk mencegah daripada Pnemounia dan radang otak





4 comments:

  1. azam bincang dengan doktor pasal alahan sulfur tu. memang biasa terjadi. kalau perlu mereka akan sdgkan yg lain. kalau takut lupa makan ubat pada masa yg tepat, setkan alarm di hfon.
    jgn risau apa2.

    ReplyDelete
  2. patutlah kita kalau banyak angin dalam badan.. rasa pening-pening sulfur memang begitu tindak balasnya kan.

    Appaun azam good luck.. banyak berbincang dengan doktor jangan pendam sendiri-sendiri. AHP ada.. boleh bantu.. LR pun ada..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas respon AHP dan AO. azam akan bincang dengan doktor Timothy pada sesi temujanji akan datang. ruam2 ni tak la teruk sangat sampai penuh satu badan. hanya di bahagian2 tertentu shj.

    ReplyDelete
  4. Azam maaf sangat , bukan tak sudi. Abg dah try nak pos komen selalu tak successful.

    Dah dapatkah pati buah delima 12 botol yang abg pos kan itu dik?

    ReplyDelete

MY RECENTLY POST

ISU PLHIV MEMBELI UBAT HAART SECARA DALAM TALIAN

Tular isu mengenai PLHIV dari sebuah laman medsos yang menyatakan tentang segelintir PLHIV yang membeli ubat secara online dengan kadar harg...

MY POPULAR POST